Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mac 11, 2010

Mufti Jangan Jadi Alat Umno


Oleh Qayum Rahman

SHAH ALAM 10 Mac - Sikap sesetengah mufti yang dilihat menjadi jurucakap kepada Umno akan menjatuhkan nama baik dan imej jawatan tersebut yang selama ini sentiasa dihormati rakyat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu berkata mufti perlu ada jarak di antara politik semasa dan juga keagamaan dan tanpa persempadanan ini akan mengakibatkan masyarakat memandang rendah terhadap mufti.

"Tidak pernah pula mufti disalahkan dalam bidang kuasa keagamaan tetapi apabila terjebak dengan mainan politik murahan Umno menjadikan mufti salah satu bahan ketawa untuk mengeruhkan lagi keadaan.

"Jangan sampai mufti hilang taraf sehingga dipandang rendah umat Islam disebabkan mereka terlibat dalam menyampaikan perkara berkaitan yang dilihat menyebelahi parti politik," komen beliau.

Beliau berkata mufti yang bersekongkol dengan Umno akan dianggap rakyat tidak memberi fokus kepada bidang keagamaan dan ini akan menyebabkan rakyat meragui peranan sebenar mufti.

"Saya labelkan Mufti Perak (Tan Sri Harussani Zakaria) sebagai agen Umno kerana ketika Nizar Jamaluddin membuat solat hajat beliau tidak pula muncul tetapi apabila Zambry Kadir buat solat hajat mufti boleh pula muncul.

"Nampak jelas bahawa Mufti Perak tidak memainkan peranan beliau sebagai tokoh agama tetapi bermain politik.

Mohamad Sabu membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom yang menyoal mengapa mufti tidak boleh berpolitik atau menyuarakan pendapat mengenai isu semasa jika difikirkan penting.

suara-keadilan




KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive