Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mac 15, 2010

Protes tangguh protes, tetap mahu GST dibatal

KUALA LUMPUR, 14 Mac — Perhimpunan membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dirancang untuk diadakan pagi esok (pagi ini) juga ditangguhkan ekoran keputusan kerajaan menangguhkan pembentangan rang undang-undang pada sesi Parlimen kali ini.

Perhimpunan itu ditangguhkan sehingga ke satu tarikh akan ditentukan kelak, kata Penyelaras Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes), Dr Mohd Hatta Ramli pada sidang media di sini hari ini.

Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai menyifatkan penagguhan yang dibuat kerajaan semalam sebagai satu kemenangan rakyat.


“Protes melihat penangguhan (bacaan kali kedua GST di Parlimen) ini sebagai kemenangan awal perjuangan rakyat, bukan kepada Protes sahaja tetapi kepada semua yang terlibat khususnya Pakatan Rakyat yang telah menubuhkan sekretariat dalam isu ini.

“Kita menganggap kerajaan buat masa ini mengalah terhadap tuntutan rakyat. Syabas kepada rakyat,” kata beliau yang juga Bendahari PAS.

Semalam beliau memberitahu The Malaysian Insider perhimpunan akan diteruskan meskipun Polis Kuala Lumpur memberi amaran.

Bagaimanapun sejurus selepas kenyataan kepada The Malaysian Insider laporan Bernama memetik Menteri Kewangan II menyebut bacaan kali kedua rang undang-undang ditangguhkan untuk mendapatkan lebih banyak input daripada publik.

Rang undang-undang GST tidak akan dibentangkan bagi bacaan kedua apabila Parlimen bersidang Isnin ini kerana kerajaan memerlukan lebih banyak masa untuk mengumpul maklum balas dari rakyat.

Sistem GST sebanyak empat peratus bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan antara lima dan 10 peratus ketika ini yang dicadang dikuatkuasakan pada suku ketiga tahun depan dikatakan akan meningkatkan keberkesanan kutipan hasil negara.

Hatta memberitahu Protes perlu bersikap ‘reasonable’ dan bersedia menimbangkan suasana yang berubah.

“Tujuannya himpunan esok kerana kita nak membantah pembentangan kali kedua di sidang Parlimen dan bantahan kita itu telah berjaya bila kerajaan tidak jadi bentang. Jadi kita tidak boleh bersikap tidak bermunasabah.

“Kerajaan sudah mengaku kalah pada peringkat ini, jadi kita menerimalah,” katanya.

Namun Protes, ujarnya akan terus melaksanakan kempen sehingga kerajaan benar-benar memansuhkan pelaksanaan cukai itu.

“Kita tak kata kita hentikan kempen membantah GST ini. Yang kita tak buat cuma himpunan esok. Tapi kempen akan tetap berjalan seperti biasa. Risalah, kain rentang akan diedarkan kepada seluruh negara,” katanya.

Protes, kata beliau memberi amaran kepada kerajaan agar tidak bermain-main dengan keputusan yang dibuat.

“Kalau kerajaan cuba mempermainkan isu ini, saya yakin rakyat akan marah dan kita akan turun dengan lebih besar lagi.

“Jadi kita beri amaran agar kerajaan tak bermain-main dengan keputusannya menangguhkan pembentangan.

“Kalau kerajaan beriya-iya hendak bentang, kita akan bagi respons yang berlipat kali ganda.

“Saya yakin penangguhan himpunan esok tidak akan melemahkan semangat rakyat untuk membantah GST,” katanya.

Protes merancang untuk mengadakan perhimpunan aman selama sejam mulai 9 pagi esok di sekitar kawasan jejambat Lebuh Raya Mahameru, berdekatan bangunan Parlimen, sebelum sidang sesi baru Dewan Rakyat.

Mereka menyasarkan kira-kira 2,000 orang akan menyertai perhimpunan itu termasuk ahli parlimen Pakatan Rakyat dan anggota pertubuhan hak asasi manusia dan parti-parti pembangkang yang membantah pelaksanaan GST.

Ia juga bagi menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan merasmikan sidang Parlimen esok.
themalaysianinsider





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive