Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mac 03, 2010

Salehuddin Hashim marah, gaji CEO RM50,000 ditolak? - Dr Syed Husin Ali



Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Bekas Setiausaha Agung Keadilan, Datuk Salehuddin Hashim marah apabila 'permohonannya' untuk menjadi CEO Syarikat Perangsang dengan gaji lebih RM50,000 sebulan ditolak, tidak lama sebelum beliau meletak jawatan, kata Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali.

"Ada anggapan kononnya parti mendapat khidmat Salehuddin secara percuma. Saya ingin merakamkan (kisah) yang sebenar, iaitu Salehuddin bersetuju dibayar RM9,000 sebulan, walaupun asalnya beliau meminta US3,000 sebulan. Bayaran ini dibuat bukan oleh parti tetapi oleh salah seorang penyokong," kata beliau dalam suatu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ramalan Salehudin berhubung pihak-pihak tertentu dalam parti yang akan keluar parti.

"Kini Salehuddin meramalkan kira-kira 10 orang lagi Ahli Parlimen (AP) akan keluar parti. Biarkanlah Salehuddin dengan ramalannya dan hanya masa saja yang akan membuktikan sama ada ramalan itu akan terbukti tepat atau tidak.

"Namun, dengan maklumat yang ada pada saya, saya percaya ini hanya sebagai tuduhan melulu bersifat perang urat saraf yang tidak mempunyai asas kukuh," tambah beliau sambil menyifatkan Salehuddin yang selama ini berkhidmat dengan baik ke atas parti.

Punca sebenar orang keluar Keadilan

Menyentuh perkembangan terbaru yang menyaksikan beberapa pimpinan parti itu turun naik dan bertindak keluar parti mutakhir ini, beliau berkata, ada kemungkinan kejadian itu berpunca daripada mereka yang ada masalah tertentu sebelum ini.

"Orang sudah tahu bahawa semua Adun dan AP yang keluar (parti) mempunyai masalah kewangan atau pun masalah disiasat SPRM. Namun tidak dinafikan, ada juga masalah peribadi dengan pimpinan parti atau kerajaan negeri.

"Saya tidak tahu dan tidak ingin tahu apakah peranan yang dimainkan oleh bekas Setiausaha Agung Keadilan, Datuk Salehuddin Hashim. Dia menafikan tuduhan sesetengah pihak bahawa beliau di belakang tindakan Anggota Parlimen (AP) yang keluar parti dan saya mempercayainya," kata beliau.

Dalam kesempatan ini, beliau turut merakamkan terima kasih di atas jasa dan sumbangan Salehuddin kerana telah memberikan khidmat terbaik kepada Keadilan selama kira-kira enam tahun.

"Beliau berkhidmat selama tiga tahun sebagai Setiausaha Pengelola dan tiga tahun lagi sebagai Setiausaha Agung. Biro Politik merakamkan (ucapan) terima kasih di atas jasa-jasanya itu," kata beliau.

Selain tindakan keluar parti dengan sebab masalah kewangan atau gangguan SPRM, Dr Syed Husin turut mendedahkan kemungkinan ahli-ahli parti itu pernah menemui pimpinan Umno, BN sebelum ini.

"Boleh dikatakan semuanya menemui Perdana Menteri Najib Razak dan ada kalanya isteri beliau, Rosmah Mansor, sebelum bertindak keluar.

"Saya sentiasa berpendapat bahawa apabila daki sudah dibersihkan, kulit akan lebih menarik dan badan lebih sihat. Kita harus jangan lupa bahawa dalam sejarah permulaannya, Pas, Dap dan bahkan Umno menghadapi masalah Presiden, Setiausaha Agung dan pemimpin mereka berhenti. Akhirnya, semua parti muncul lebih kuat," kata beliau lagi.

erapakatan






KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive