Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mac 16, 2010

Seniman Saran 'Terjah' Dihentikan, Nas Bertahan


SEJAK disiarkan pada awal Januari ini, program Terjah menerima banyak maklumbalas negatif sehingga ada yang menyarankan program itu dihentikan segera.


Di mana silapnya dan kenapa? Persoalan itu berlegar-legar di fikiran penerbitnya, Nas Ahmad. Namun, bekas wartawan Melodi itu tidak mampu memberikan jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’ apabila ditanya sama ada program itu akan berhenti siaran.


Nas sebaliknya menyarankan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), pihak yang meminta Terjah dihentikan itu untuk tampil berbincang dengannya bagi menegakkan keadilan.


“Menyentuh tentang aduan yang diterima oleh Seniman, sebagai persatuan yang profesional, saya harap mereka dapat memanggil kita untuk membincangkan perkara ini.

Nas Ahmad (kiri) ketika bersama krew Terjah dan Azwan Ali dalam salah satu episod Terjah.


“Namun, saya juga ada terbaca respons sebanyak 50 peratus penonton yang menyokong manakala sebahagiannya tidak. Saya menganggap mereka tidak memahami program yang berbentuk realiti.


“Lagipun, visi kami adalah menyampaikan maksud sebalik perkara yang disiarkan iaitu dipanggil reverse psychology. Dalam masa yang sama, Terjah sebenarnya cuba menegur artis secara psikologi,” jelas Nas kepada mStar Online.


Jumaat lalu, Seniman memaklumkan dalam satu sidang media khas anjuran persatuan itu bahawa mereka menerima aduan program Terjah berbentuk provokatif.


Menurut Ketua Biro Aduannya, Jehan Miskin, soalan yang diajukan oleh wartawan Terjah terlalu keterlaluan, banyak menghina daripada membina, tidak selaras dengan budaya Malaysia dan tidak mendidik.


“Kami meminta jasa baik pihak stesen televisyen untuk menghasilkan program yang lebih membina,” katanya baru-baru ini.


Apabila diajukan tentang aduan tersebut, Nas berkata ada kekeliruan yang berlaku berdasarkan tuduhan itu.


Katanya, bukan Terjah yang mengaibkan artis sebaliknya artis yang mengaibkan diri mereka sendiri.


“Pergaduhan dan penceraian berlaku di hadapan mata kita. Misalnya tentang kes Azwan Ali yang mengaku dirinya pondan, kami bukan berniat untuk mengaibkan dirinya kerana dia pernah memberikan kenyataan akan membuat buku ‘Selamat Tinggal Dunia Pondan’ di mana perkara itu betul.

Harun Salim Bachik selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).


“Terjah ni nampak sahaja tegas dan kasar sehingga orang katakan menentang budaya kita tetapi kita masih berpijak di bumi yang nyata,” ujarnya.


Nas menafikan Terjah hanya mengutuk artis tetapi sebenarnya ia juga membantu pihak artis. Ini kerana mulai 15 Mac ini, program itu telah melakukan perubahan di mana hosnya, Khir Rahman akan memberikan komen berdasarkan temubual yang dipaparkan.


“Dia juga artis. Jadi, dia layak memberi komen kepada artis lain seperti mungkin memberikan nasihat,” katanya mengenai program yang sudah memasuki 10 episod itu.


Sepanjang ia disiarkan pada setiap Isnin, pukul 11 malam di TV3, program itu berjaya mencapai rating kira-kira 1.2 juta penonton.


Mulai 21 April ini, Terjah akan berpindah siaran ke hari Rabu, pada waktu yang sama.


Nas juga membangkang sekiranya ada yang mendakwa Terjah memutarbelitkan fakta jawapan yang diberikan oleh artis semasa proses suntingan.


“Memutarbelitkan fakta menyalahi etika kewartawanan. Saya mahu mereka tunjukkan bukti jika mengatakan kononnya kami mengeluarkan jawapan yang berlainan daripada yang ditanya.


“Saya pernah berpesan kepada geng Melodi semasa saya bersama-sama mereka dulu agar tidak melakukan perkara yang menyalahi etika kewartawanan seperti itu. Saya harap mereka masih ingat pesanan saya kerana undang-undang tetap undang–undang.


“Jika hendak kontroversikan atau sensasikan sesuatu cerita itu sekalipun, bukan itu caranya. Bagi saya, kami masih lagi berkias-kias dan tidak sekasar seperti yang dipaparkan oleh media Indonesia,” tegasnya yang turut akui pernah dicemuh.


Namun dia tidak mengambil berat tentang cemuhan itu asalkan dia tahu nawaitunya. Dia juga menyangkal sesiapa yang mengatakan gosip tidak membina minda orang Melayu kerana sudah menjadi lumrah semua orang yang tidak boleh lari daripada gosip


Sementara itu, peguam mewakili Seniman, Zahrin Ishak mengatakan walaupun mengikut undang-undang, hal itu masih kabur, namun setiap orang mempunyai hak asasi masing-masing.


“Hak peribadi harus dipertahankan. Jadi, kita perlu mengambil respons lebih-lebih lagi negara ini merupakan sebuah negara Islam.


“Program Terjah memalukan keluarga artis apabila menyentuh tentang kes penceraian kerana ia tidak sepatutnya diceritakan kepada ramai khalayak,” katanya memberikan pendapat.


Dalam pada itu, Setiausaha Agungnya, Yusof Kelana menganggap saranan supaya Terjah menghentikan siarannya sekadar untuk mencapai kebaikan bersama.


“Kami berharap, pihak wartawan dapat memberikan kerjasama. Ini hanya suatu pandangan. Jadi, sebab itu kami terpaksa luahkan apabila mendapat banyak emel aduan,” ujarnya.



mstar





5 ulasan:

  1. gua setuju kalau rancangan terjah tu dihentikan, gua menyampah dengan seorang krew wanita tu, dia punya gelak ketawa dia tak ubah macam setan, macam tak ade adat punya orang, dah kadang pakaian yang dia pakai tu sekse sehingga menampakkan lurah buah dada dia, kurang ajar betol

    BalasPadam
  2. lagha.. itulah yang boleh digambarkan tentang program terjah nie? apa manfaatnya kepada masyarakat? hal2 yang berlaku terutamanya yang bersifat peribadi tak perlulah disensasikan... nanti tak semena-mena dapat dosa tanpa disedari... berilmiah ker rancangan nie? jangan sampai kita bawa budaya barat memasuki dan merosakkan muda-mudi kita yang sedang mengalami kerosakan yang amat ketara...

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama17/3/10 1:42 PG

    laaa awat melayu bengap sgt? dah ramai org melayu suka benda2 mcm tu. kalau tak mana mungkin boleh dpt penonton 1.2 juta. tengok mcm teman satu haram pun siaran tv3 atau tv malaysia yg teman tengok. kalau nak boikot kena boikot semua. teman nengok bola je tu pun bukan bola malaysia hahahahha

    BalasPadam
  4. tu baru rating 1.2 juta. kalo buat sagmen terjah ahli politik, 12 juta mau dapat lorr.. bagaimanapun gua x setuju rancangan terjah ni. soalan dr wartawan pun banyak kurang ajor dari yang mengajor.tutup jela. buat akedemi al-quran.

    BalasPadam
  5. rancangan kat tv3 skarang ni dh bnyak melalut..x tau ke berdosa bukak aib org lain? boikot ajelah tv3 tu. cerita 5 minit iklan 25 minit. hilang mood nk nonton..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive