Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mac 04, 2010

Siapa Dalang Hasut MP PKR Keluar Parti?


Banyak pihak yakin bahawa ada dalang tertentu yang menghasut ahli parlimen PKR untuk keluar parti. Ini adalah kerana alasan yang digunakan adalah hampir serupa dan dilihat mereka membaca skrip yang streotaip tatkala membuat sidang media.

Di dalam setiap sidang media pula, bekas Setiausaha Agung yang telah bertindak keluar parti lebih awal, Salehhudin Hashim, sentiasa berada bersama-sama MP yang keluar parti dan kelihatan begitu aktif di sepanjang sidang media mereka.

Beberapa Ahli Parlimen PKR masih menaruh harapan agar Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli akan kembali bersikap rasional dan menolak usaha pihak ketiga yang mengumpan beliau untuk keluar parti.

Mereka menolak alasan Mohsin kononnya beliau bertindak demikian kerana membantah pendirian PKR bersabit isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

"Saya yakin pada hari ini perkara itu berlaku apabila wujudnya keadaan di mana pihak ketiga memain peranan mula memujuk atau mempengaruhi beliau bertindak demikian. Saya tidak lihat YB Bagan Serai bertindak atas kehendak atau kapasiti dia sendiri, saya tidak yakin dalam keadaan macam itu,” kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, lapor TVSelangor.

“Dalam masa yang sama kenyataannya sebentar tadi mengatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam yang merupakan pendirian, pandangan yang telah dikeluarkan oleh Keadilan mahupun Pakatan Rakyat, sekali lagi itu hak peribadi beliau sebab pandangan yang mengatakan bahawa kalimah Allah itu boleh digunakan bagi orang Kristian terutamanya itu pandangan yang dikeluarkan oleh ulama-ulama besar dunia berdasarkan al-Quran dan hadis yang dikeluarkan," kata Pengerusi PKR Perak, Mustafa Kamil Ayob.

“Mohsin ini kes dia kalau sekiranya ada masalah, tidaklah besar, saya akan cuba untuk menghubungi beliau.. mungkin beliau digoda diberi janji manis yang mana beliau termakan, jadi saya rasa ia boleh di atasi... saya akan cuba mendengar masalah beliau,” kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata apa jua alasan yang diberikan ia merupakan satu usaha terancang.

Katanya apa juga alasan yang diberi, mereka yang bertindak keluar parti nyata seorang yang telah mengkhianati pengundi.

“Perkara ini telahpun dirangka dan dirancang, sebab itu saya tidak terperanjat dalam sesi keputihan ini perlu ada pengorbanan, rakan-rakan jelaskan bahawa kami tidak akan berganjak dari asas perjuagan parti. Yang jelas mereka yang keluar mempunyai agenda sendir, apa jua alasan mereka sekalipun.. mereka tetapi pengkhianat kepada bangsa dan agama mereka. Tetutama sekali pengundi, saya beranggap bahawa ia satu perbuatan yang telah dirangka dan dirancang dan saya tidak terkejut jika ada seorang lagi ke arah itu, tapi kami tidak melayan kerenah remeh temeh,” katanya.







greenboc




3 ulasan:

  1. Tanpa Nama4/3/10 10:31 PG

    Salehuddin tu sama seperti bapanya Hasyim Gera, dibuang Pas kerana kurang sopan sebagai AP parti Islam (suka berjoget). Kini Salehuddin pula mewarisi bapanya dengan menjadi ejen untuk menjadikan AP sebagai katak. Menyesal Anwar berkawan dengan haprak ni, lain tengok dulu mak bapak nak dijadikan kawan. Menyesal tak berguna lagi.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama4/3/10 11:01 PG

    orang yang bagus adalah orang yang mengkaji setiap kelemahan yang ada pada dirinya bukan dengan menuding jari kepada orang lain. ingat satu jari yang menuding, empat lagi kearah kita. so jika pkr terus bergolak jangan salahkan sesiapa kerana pkr/pr tidak pernah mengkaji kelemahan diri sebaliknya menuduh orang lain.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama4/3/10 11:31 PG

    adun bota keluar masuk umno apa serita hari ni..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive