Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mac 17, 2010

Spa seks diserbu


Anggota Jabatan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Bukit Aman menahan pelacur warga China di sebuah spa di Teluk Intan, Sabtu lalu.

TELUK INTAN: Berselindung di sebalik nama pusat spa dan rumah urut, sebuah premis di sini, menawarkan barisan pelacur termasuk dari Russia bagi memuaskan nafsu serakah pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan itu.

Pengusahanya juga licik menyembunyikan kegiatan dengan menyediakan pintu rahsia bagi membolehkan pelacur dan pekerjanya meloloskan diri sebagai persediaan jika pihak berkuasa menyerbu premis itu. Tidak cukup dengan itu, pintu masuk ke premis berkenaan juga sentiasa diawasi pekerja melalui kamera litar tertutup (CCTV) dari dalam stor bagi mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.

Namun, semua itu belum memadai untuk menyembunyikan kegiatan kotor itu apabila premis itu diserbu polis dan yang pasti selepas ini semua pelanggan yang sering mendapatkan perkhidmatan itu meleleh air liur apabila wanita yang mereka langgan sudah diberkas.

Serbuan dilakukan tiga pegawai bersama tujuh anggota Jabatan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman jam 12.15 pagi Sabtu lalu, berjaya menahan lapan wanita termasuk masing-masing seorang warga Russia dan Thailand yang disyaki menjadi pelacur.

Lima tukang urut wanita warga China yang didapati menyalah guna permit kerja turut diberkas. Polis turut menahan seorang pengurus pusat itu, tiga pekerja dan enam pelanggan. Rampasan kondom dan cecair dipercayai untuk kegunaan aktiviti seks serta sejumlah wang dipercayai hasil perniagaan itu turut dibuat.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak untuk siasatan lanjut. Wanita berkenaan disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan manakala yang menyalahgunakan permit kerja diserah kepada pihak imigresen.









5 ulasan:

  1. Mengapa saya sering mendengar berita bahawa terdapat banyak pusat *** seperti ini diserbu oleh pihak polis di luar Kuala Lumpur?? Sedangkan di ibu kota terdapat banyak "PERKARA"(pusat **) seperti ini.. Adakah di KL .. industri ini dibenarkan??

    BalasPadam
  2. Dan majalah No. 1 negara (MASTIKA) begitu mudah membuat pelbagai "pos" berkaitan .. dan contoh tempatnya amat kerap di tunjukkan di Kuala Lunmpur.. Selalunya pelawat akan lihat ibu kota sebelum ketempat lain.. so, diorang akan kata "rupa" negara itu berdasarkan "rupa" ibu kota..

    BalasPadam
  3. Kenapa serbuan terpaksa dilakukan oleh Jabatan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman bukan polis tempatan?

    Kalau dah kenyang dibela oleh towkey...undang2 jadi kertas tandas.

    Bila Melayu makan rasuah, negara di jual orang...

    BalasPadam
  4. Terutama di belakang Banggunan PAS pusat La !!

    BalasPadam
  5. kepala hotak ko mmg siamang..pikir singkat mcm cri mknan..sblm pas ambik bangunan tu org umno dh lama ternak pelacur2 siamang mcm ko kt kawasan tu...dah berdekad2 smpi berkarat mcm daki kt ketiak ko,ko dan siamang2 mcm ko patut bersyukur sbb ada yg sanggup nk letak ubat kt korg...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive