Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mac 17, 2010

Baju Merah curah darah di pejabat PM Thai

BANGKOK, 16 Mac — Penyokong Kumpulan Baju Merah telah mencurahkan darah anggota kumpulan itu di Rumah Kerajaan yang menempatkan pejabat Perdana Menteri di sini hari ini dalam usaha mendesak kerajaan membubarkan Parlimen.

Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di kawasan Rumah Kerajaan itu, yang dikawal ketat oleh pihak keselamatan, dan selepas rundingan dengan pihak polis, hanya 100 wakil dibenarkan melakukan tindakan mencurahkan darah anggota mereka.

Kumpulan anti kerajaan itu, yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, dipimpin oleh Nattawut Saikua dan Jatuporn Prompan dari Barisan Bersatu Bagi Demokrasi Menentang Pemerintahan Diktator (UDD).

Mereka mengambil masa 20 minit untuk mencurahkan bekalan darah itu di tiga pintu masuk Rumah Kerajaan pada pukul 5 petang tadi.

“Kami tidak sengaja mencurahkan darah kami. Kami tuang darah kami di atas tanah ibu pertiwi kami kerana darah ini adalah dari orang biasa yang tidak mendapat penghakiman dan keadilan,” kata Nattawut ketika berucap dari atas pentas bergerak dekat Rumah Kerajaan sebelum majlis itu.

Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva tidak berada di pejabatnya ketika kejadian itu berlaku. Bekalan darah itu didermakan oleh penunjuk perasaan dari kumpulan itu pagi tadi.

Selepas itu, kumpulan itu bergerak ke ibu pejabat parti pemerintah, Demokrat, di Jalan Setthasiri di sini untuk upacara yang sama.

Tindakan kumpulan itu adalah terbaru dalam mendesak Abhisit meletak jawatan atau membubarkan Parlimen selepas kerajaan menolak tuntutan tempoh 24 jam yang diberikan oleh mereka.

Seorang penunjuk perasaan, Thawee Pannawi, 50, seorang petani dari timur laut negara itu, berkata beliau bangga untuk menderma darahnya kerana boleh membantu rakyat yang tertindas.

“Saya boleh derma darah untuk demokrasi. Cara ini adalah aman untuk memperjuangkan demokrasi,” kata seorang lagi penunjuk perasaan berusia 50 tahun yang hanya mahu dikenal sebagai Or. — Bernama




KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive