Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mac 12, 2010

Tangkap Mazlan Halang Skandal Felda Didedahkan


RAUB 11 Mac - Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dibebaskan pagi tadi dengan jaminan polis sebanyak RM3,000 dan seorang penjamin berhubung isu dialog bersama peneroka Felda Lembah Klau Selasa lalu.
Mazlan yang tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Raub kira-kira jam 10:30 pagi seterusnya dibebaskan oleh mahkamah setengah jam kemudian.
Semasa dihubungi Suara Keadilan Mazlan berkata beliau didakwa mengikut Seksyen 441 Kanun Keseksaan atas tuduhan menceroboh kawasan Felda yang tertakluk di bawah Akta GSA 1960.
"Sekatan dan halangan ini didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang bertujuan menghalang saya daripada menyampaikan maklumat dan fakta sebenar mengenai isu-isu semasa kepada peneroka Felda," kata Mazlan.
Beliau diberitahu terdapat surat pekeliling yang telah dikeluarkan menghalang beliau memasuki kawasan Felda di seluruh negara.
Mengulas mengenai penahanan Mazlan, Timbalan Pengerusi III KEADILAN Negeri Pahang Ram Ponusamy berpendapat penangkapan Mazlan ini telah dirancang lebih awal oleh pihak tertentu.
"Ada pemimpin-pemimpin besar tertentu khususnya Umno-BN yang ingin menghalang Mazlan dari terus bersuara membangkitkan isu dan masalah Felda dan menghalang proses demokrasi.
"Sudah tentu bukan sahaja pemimpin Pakatan Rakyat malahan rakyat Pahang khususnya peneroka Felda juga tidak gembira dengan perkembangan semasa.
"Ini kerana Mazlan sebagai anak peneroka FELDA sudah tentunya mempunyai dokumen dan bukti kukuh yang menyebabkan Umno-BN menjadi tidak senang duduk dan akhirnya menggunakan polis untuk menahan beliau dari terus bersuara", tegas Ram.
Jika sabit kesalahan Mazlan boleh dipenjara tidak lebih enam bulan dan didenda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali.suara-keadilan




1 ulasan:

  1. kalo dia x boleh masuk, kertas mesti boleh masuk. ape lagi... edar risalahlah

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive