Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mac 03, 2010

Tindakan penganjur LTdL malukan Nik Aziz

KOTA BHARU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hangat seketika apabila beberapa wakil kerajaan membangkitkan tindakan penganjur perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) membelakangkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada upacara melepaskan kelmarin.

Rata-rata wakil rakyat Pas itu mendesak agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan segera terhadap penganjur serta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek yang diberi tanggungjawab melepaskan acara tersebut.

Malah, Hassan Mahmood (Pas-Tawang) mahu perkataan biadab digunakan bagi menggambarkan situasi sebenar yang berlaku kerana ada cubaan memalukan seorang ketua kerajaan yang sah dilantik oleh rakyat.

Bagi, Datuk Omar Mohamed (Pas-Perupuk) pula menceritakan pernah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan seorang pegawai Jabatan Penerangan meninggalkan majlis apabila dia enggan menghormati ketua Kerajaan Negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri Abdul Fatah Mahmood berkata, pihaknya kesal kerana kejadian tersebut seolah-olah dirancang untuk memalukan Menteri Besar yang seawalnya dijadualkan untuk melepaskan peserta.

Lebih menyedihkan, Abdul Fatah berkata Nik Aziz pada mulanya tidak di benar menaiki pentas utama untuk bersama-sama Awang Adek membuat pelepasan itu tetapi selepas campur tangan pegawai, Menteri Besar itu dibenarkan naik ke pentas.

“Ekoran itu, hasil campur tangan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Menteri Besar diberi tempat di atas pentas terbabit bersama Awang Adek, namun ketika itu bendera untuk flag off telah berada di tangan Awang Adek. Menteri Besar hanya berada di atas pentas sekadar memerhati apa yang dilakukan Awang Adek.

“Saya cukup sedih, sehingga pagi pelepasan, protokol tidak berubah dan Menteri Besar yang melepaskannya. Sekiranya betul Dr Awang yang melepaskannya, beritahu awal, saya akan maklumkan kepada Menteri Besar,” katanya.

Kesal dengan tindakan tersebut, Abdul Fatah berkata pihaknya mengambil tindakan susulan termasuk menghantar mesej melalui lama sosial Facebook kepada Perdana Menteri supaya tindakan diambil terhadap individu yang bertanggungjawab memalukan Menteri Besar.

"Saya juga sudah mengutus surat secara rasmi kepada Perdana Menteri hari ini agar sesuatu tindakan susulan diambil terhadap penganjur yang telah memalukan Menteri Besar (Nik Aziz) dan juga rakyat Kelantan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan DUN, di sini semalam.

Menjelaskan apa yang berlaku kelmarin, Nik Aziz berkata, sifat malu hanya ada pada orang mukmin.

“Tetapi orang yang kulit muka tebal seperti menggunakan kulit tapak kaki kerana tidak akan ada perasaan malu,” katanya.

sinarharian





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive