Oleh : Zaidimasjidbatu
Di kampung, kalau ular lidi ni bebudak buat main seronok-seronok je. Kalau ular pucuk rasa gerun sikit, tapi itu pun dibuat main-main jugak. Kalau jumpa ular sawa malas, lagi rasa gerun , tapi berani jugak pi dekat-dekat.
Dah tahu dia malas, tarik ekor tak bergerak, ketuk kepala pun tak gerak. Tapi kalau ular kapak malas dok berlingkaq atas pagaq, jangan main-main, jangan dok cuba pi dekat-dekat. Silap haribulan, kena patuk berdarah bukan saja di kaki, tapi sampai urat perut pun berdarah membuak-buak darah keluaq kut mulut.
Nak habaqnya, kualiti bekas YB-YB PKR yang ikut sunnah Brahim katak Pisang ni macam tu lah, setakat kualiti ular lidi, ular pucuk, paling tinggi pun ular sawa malas.
Zaman la ni, dengan semua harga naik, harga minyak naik, harga barang naik semuanya naik-naik hidup semakin susahlah ….ada ka saja-saja nak lompat kalau tak ada harganya! Kalau dulu dok senang lenang dan mewah dalam UMNO, la ni dok cari makan pun susah, bagi yang tak ada jati diri tu hanyut lah dia…
Tu, bekas Senior Executive UEM, tiba tiba makan gaji RM9000 sebulan…….mana lah cukup. UEM ni bukan syarikat cabuk laa, Penang Bridge tu dia lah dok buat……alah, engkau orang jauh lebih tahu eeeeh! Kalau Jurutera UEM pun gaji 5 angka, gaji Senior Exac brapa? Dok susah-susah jadi SU PKR, lebih untung jadi Broker Jual AP(Ahli Parlimen). BROKER JUAL MANUSIA ! Lebih cepat kaya dari skim cepat kaya! Hah, lepas ni, dia jadi lah ular sawa malas sekoq ni!
Yang ular lidi, ular pucuk tu, katanya jadi bebas nak perjuangkan nasib agama dan bangsa dengan lebih berkesan. Cakap boleh lah Tok, lepas lompat batang hidung dikawasan habuk tak nampak nak perjuang apa benda? Awat, tak jadi TKM1 Pulau Pinang tak boleh nak perjuang nasib agama bangsa? Semua yang lompat ni, ada dah terima surat tunjuk sebab kenapa khidmat masyarakat tak berkesan. Yang dikaitkan dengan SPRM pun ada.
Elok sangatlah kalau kualiti macam ini kita bersihkan dan beri percuma kpd UMNO, baru serasi dengan depa!
Rumusan yang boleh buat, UMNO sengaja nak burukkan Kepimpinan Anwar dan nak burukkan Anwar. Maklum lah, Anwar ni Ketua Pembangkang. Kalau ular, kita pukul di kepala menggelupurlah badan dan ekornya, jangan ditarik ekornya nanti kena patuk dek ular. Nak punah ranah kan PR, “punah ranahkan” kepalanya.
Tapi saya yakin, sama sependapat dengan Kit Siang, PR sudah bersedia tanpa Anwar (Kalaulah Anwar disumbat ke dalam jel oleh Regim Najib).
Hero Hindustan kalah dulu, menang kemudian.
Susah dulu pendapatan, susah kemudian tak dak guna.
Mungkin juga helah BN, juga nak guna ular lidi ular pucuk ni nak ubah persempadanan semula bahagian-bahagian pilihanraya!
darisungaiderhaka.blogspot.com