Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mac 05, 2010

Chalet terapung di Segantang Garam, Merbok



MERBOK: Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok yang terletak di Segantang Garam, di sini merupakan sebuah destinasi agropelancongan yang unik dan cantik dengan berlatar belakangkan panorama hutan paya bakau Sungai Merbok.


Untuk sampai ke Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok ini, perjalanan darat 12 kilometer dari Pekan Merbok menghala ke Sungai Gelam, Bujang dan 20 minit menaiki bot dari Tanjung Dawai serta 30 minit menaiki bot dari Jeti Semeling.



Pengurus Bahagian Agro Pelancongan dan Infra Struktur Ladang di Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok, Hamdan Awang berkata, antara kemudahan yang disediakan di situ ialah tiga buah chalet terapung dengan dua buah bilik tidur berhawa dingin setiap satu yang dilengkapi dengan perabut, peralatan dapur untuk memasak, televisyen dan kemudahan penginapan.




Menurutnya, kemudahan lain yang disediakan ialah pelantar terapung untuk aktiviti memancing dan riadah dilengkapi kiosk jualan makanan kering/minuman, kedai cenderamata, surau, tempat membakar ikan, akuarium dan sangkar ikan untuk memancing.


Bangunan pusat informasi dan sebuah dewan terapung untuk mesyuarat, jamuan makan, karaoke dan indoor games serta aktiviti berkayak turut disediakan di samping dua buah bot untuk aktiviti menyusuri Sungai Merbok, hutan paya bakau dan memancing di pulau-pulau berhampiran.


Jeti pendaratan/pelepas, pelantar menghubungi setiap bangunan terapung, wakaf menunggu serta kiosk jualan makanan kering dan minuman di darat, tapak meletak kenderaan dan jalan masuk melalui hutan paya bakau, bekalan air paip dan elektrik serta kemudahan internet, telefon dan Astro turut disediakan.


Kadar bayaran penginapan di Chalet Terapung ini ialah RM120 untuk satu malam (maksima enam orang) dan tambahan RM15 setiap orang termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas manakala untuk memancing tanpa menginap akan dikenakan bayaran sebanyak RM15 seorang (tanpa had masa) dan aktiviti pakej serta mesyuarat boleh dirunding. Masa untuk check in pada jam 2 petang dan masa check out pada jam 1 petang.


Untuk keterangan lanjut dan tempahan boleh menghubungi Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok, Jalan Batu Hampar, 08400 Merbok, Kedah di talian 04-4572117 atau melalui faksimili: 04-4572611 (waktu pejabat) atau melalui e-mail: ppkmerbok@lpp.gov.my atau Hyder Jaleel Gafoor Abdul Rasheed (019-5746639) atau Hamdan Awang (019-4425560) atau Rozita Adnan (019-5775812).


wartakedah




5 ulasan:

  1. ish....ish...ish.... bestnya.sapa punya projek ni? kerajaan negeri @ agensi pusat? tp saya tak kisah sapa punya pun janji rakyat dapat kemudahan dan boleh dinikmati semua.jgn projek ni krono punya sudah la nanti timbui pulak cerita lain yg boleh menyusahkan rakyat.dah ada jaga2 elok2 bagi rakyat seronok.

    BalasPadam
  2. chalet ni Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok punya...sy baru p survey memang menarik...pelantar utk mancing pun ada...tapi tempat terhad...maklumla baru lg.

    BalasPadam
  3. jumpa aku pd 22hb Jan nie... Nak rasa sendiri keseronokannya..

    BalasPadam
  4. azamusicz6668/4/11 1:18 PG

    aku nak p tidoq sana esok..
    wait me sgantang garam!!!!!!!!!=)

    BalasPadam
  5. macam mana hasil pancing ok tak

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive