Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mac 05, 2010

MOKHSIN SEPATUTNYA LETAK JAWATAN BUKAN KELUAR PKR

Mokhsin seorang wakil rakyat yang jarang berkhidmat kepada rakyat di Parlimennya sendiri Bagan Serai. Beliau sering tidak hadir dalam progam-program yang sepatutnya hadir, walaupun beliau sendiri tidak berkemampuan untuk menganjurkan program, namun 2 wakil rakyat PAS di Parlimen Bagan Serai sering menganjurkan program yang beliau boleh tumpang hadir sebagai Ahli Parlimen, dan 2 wakil rakyat PAS serta PAS Kawasan tidak keberatan untuk Mokhsin turut hadir dalam program-program yang dianjurkan.

Beliau juga bukan pula wakil rakyat yang pemurah untuk membantu rakyat. Menurut YDP PAS Bagan Serai yang juga Adun Semanggol YB Hj Ramli Tusin, sepanjang tahun 2010 dari bulan Januari hingga sekarang, kelibat beliau juga tidak pernah kelihatan di Bagan Serai.

Wakil rakyat ini sebenarnya sejak menang tahun 2008 hanya kelihatan aktif sebagai wakil rakyat di awal-awal pemerintahan PR di Perak, beliau juga sangat kerap bertemu YB Dato' Seri Hj Nizar dan juga saya di pejabat Menteri Besar untuk beberapa tujuan yang tidak perlulah untuk saya sebutkan di sini, tetapi pertemuan itu pula bukan juga nak memberi pandangan dan cadangan bagi membantu kerajaan PR.

Beliau mulai jarang turun bertemu rakyat di kawasannya sendiri sejak kejatuhan PR terutama sejak akhir-akhir ini. Hubungan beliau dengan Parti Keadilan Cabang Bagan Serai juga tidak beberapa baik kerana sikap beliau sendiri yang tidak disenangi oleh pucuk pimpinan PKR cabang Bagan Serai. Di peringkat negeri sendiri, PKR tidak memberi peranan dan tugas kepada Mokhsin yang mereka juga tahu apa sebabnya Mokhsin tidak dilantik sebarang jawatan di peringkat negeri.

Beliau tidaklah rapat dengan saya dan juga pimpinan PAS negeri Perak yang lain sebelum ini, saya hanya mengenali beliau selepas PR menjadi kerajaan. Pimpinan PAS yang sangat rapat dengan beliu ialah Ust. Ahmad Awang, ketika itu beliau adalah Pesuruhjaya PAS Perak.

Betapa sukarnya Ust Ahmad Awang ketika pilihanraya 2008, kerana terpaksa mengenalkan Mokhsin kepada ahli-ahli PAS yang sukar untuk menerima calon yang tidak dikenali, Ust Ahmad Awanglah yang ke hulu ke hilir menyakinkan pengundi-pengundi bahawa Mokhsin adalah calon yang baik, mengundi Mokhsin samalah macam mengundi Ust Ahmad Awang, begitulah bersungguhnya Ust Ahmad Awang berkempen supaya rakyat terutamanya ahli dan penyokong PAS mengundinya. Menurut Ust Ahmad Awang, Mohkhsin sering mengaku yang beliau adalah ahli PAS, cuma tidak pasti berdaftar di kawasan mana.

Mokhsin mengisytiharkan keluar PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas semalam, alasan yang diberi sangat tidak kukuh dan dangkal. Alasan kerana isu penggunaan kalimah Allah tidak boleh diterima, selama inipun beliau peka sangatkah terhadap isu-isu yang menimpa umat Islam, isu murtad terutamanya, penghinaan terhadap hukum Allah, penghinaan terhadap ulama dan isu-isu yang berkaitan dengan Islam, beliaukah antara orang yang ke hadapan sebagaimana Mat Sabu, Mahfuz Omar, Salehuddin Ayob, Hanpa Maidin dan ramai lagi pemimpin PAS yang jauh ke hadapan dalam memperjuangkan Islam dari penghinaan musuh-musuh Islam.

Kelibat mukanya tidakpun pernah kelihatan dalam apa sahaja demontrasi membantah isu-isu yang berkaitan Islam dan umatnya, samalah macam Fairus yang memberi alasan yang sama mengapa mereka meninggalkan PKR. Alasan kerana PR Perak tidak memberi tempat kepadanya juga tidak boleh diterima. Apa tempat yang Mokhsin mahu di Perak sedangkan keupayaan menjadi wakil rakyat yang baik di Bagan Serai pun tidak mampu ditunjukkan, apatah lagi memegang jawatan penting dalam PR. Pimpinan PR mungkin sangat tahu masalah peribadinya itu.

Langkah terbaik Mokhsin sebenarnya ialah letak jawatan sebagai Ahli Parlimen, bagi mandat rakyat memilih semula wakil rakyat yang baru, saya sangat percaya dan yakin, Mokhsin dipilih oleh rakyat bukan kerana peribadi dan batang tubuhnya, tetapi kerana parti, rakyat mengundi parti bukan kerana peribadinya, rakyat Bagan Serai tidak mengenalipun peribadinya sebelum ini, lagipun rakyat Bagan Serai tidak nampak apa sumbangannya selama ini sebagai wakil rakyat, 2 Adun PASlah yang sebenarnya banyak membantu rakyat di Bagan Serai, 2 Adun PAS ini jugalah yang sering menjaga nama baiknya yang sering tidak ada di kawasan. Rakyat di Bagan Serai juga sebenarnya sudah mula mempertikai Mokhsin, beliau sangat jarang bahkan tidak pernah langsung turun setiap minggu di masjid berjumaat bersama rakyat, sangat jarang menghadiri majlis-majlis khenduri, atau majlis-majlis ceramah, kelibatnya hanya kelihatan sekirana Datuk Seri Anwar Ibrahim turun di Perak.

Rakyat semakin benci wakil rakyat seumpama ini, justeru itu, beliau sepatutnya letak jawatan sahaja sebagai Ahli Parlimen, kerana beliau tidak berfungsi sebagai Ahli Parlimen yang baik. Di Parlimen pun, suaranya tidak kedengaran dalam memperjuangkan nasib rakyat. Bagi mengelakkan supaya beliau tidak terus-terusan dilaknat oleh rakyat Bagan Serai, lebih baik letak jawatan sebagai Ahli Parlimen atau kembali ke pangkuan PR dengan mengakui segala kelemahan dan kesilapan dan seterusnya berkhidmat dengan cemerlang kepada rakyat.

misabah




KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive