Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mac 08, 2010

Umno berpolitik di sekolah

ROMPIN: Mesyuarat Agung Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) di sebuah sekolah di sini menjadi medan Umno untuk menyebarkan fahaman politik mereka.



Mesyuarat Agung yang di adakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Keratong 10 itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Bahagian Umno Rompin dan bukanlah oleh ADUN atau wakil dari Pejabat Pendidikan seperti kebiasaan.




Lebih menarik lagi dalam ucapan alu-aluan sebelum perasmian seorang pimpinan persatuan mengalu-alukan kehadiran Dato’ Hassan bin Ariffin dengan mendoakan agar Dato’ Hassan menang mewakili Umno dalam pilihanraya Umum yang ke 13 akan datang. Ini bukti jelas Umno menggunakan segala peluang dan ruang yang ada untuk meraih sokongan politik walaupun melalui institusi pendidikan.




Seorang bapa yang enggan di kenali menjelaskan bahawa beliau di jemput oleh pihak sekolah untuk bermesyuarat berkaitan kemajuan dan pembelajaran anak-anak dan tidak menyangka rupanya ia menjadi agenda politik pihak tertentu untuk menyebarkan pengaruh.




“Saya benar-benar terkilan dengan pihak penganjur yang seakan membiarkan perkara ini berlaku. Jika di Sekolahpun kita asyik berpolitik apakah kita ada masa untuk membincangkan kemajuan pelajaran anak-anak? Lagipun Dato’ Hassan sekarang bukanlah seorang Yang Berhormat atau wakil kerajaan” ujarnya.”




“Jika selama ini umno menempelak pelajar yang cenderung kepada pembangkang sekarang umno bukan sahaja menggunakan kesempatan ke atas pelajaran anak-anak malah ibu-bapa mereka sekali,” tambahnya lagi.




Yang DiPertua PAS Rompin , Ustaz Haji Shukri bin Haji Ahmad yang ditemui turut melahirkan kekesalan atas tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak ini.




“Ini adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku. Sekolah ialah tempat pembelajaran anak-anak sementara PIBG adalah kelompok yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk iklim yang sihat dan pemangkin kepada kemajuan pelajaran anak-anak dan jika ianya terpengaruh dengan agenda politik sempit nescaya akan berlaku kekeliruan fokus seterusnya menjejaskan usaha untuk melahirkan generasi cemerlang,” katanya.




Beliau juga menyeru agar pihak Pejabat Pendidikan Daerah serta Kementerian Pendidikan mengambil tindakan serius terhadap perkara ini.




“Kami dari PAS tidak akan sesekali membenarkan masa depan anak-anak dipolitikkan oleh mereka yang berkepentingan apatah lagi oleh mereka yang sepatutnya menjadi pendorong kepada kemajuan anak-anak di sekolah.Jika ingin berpolitik pergilah ke tempat yang sepatutnya dan bukan di sekolah. Saya menyeru kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar mengambil tindakan dan berlaku adil dalam perkara ini agar tidak berulang lagi di mana-mana sekolah selepas ini,” katanya lagi.




Mesyuarat agung tersebut turut dihadiri oleh puluhan ibu-bapa termasuk guru-guru dari sekolah berkenaan.

sidangonline




KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive