Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, September 06, 2010

ANALISA HALATUJU PKR PERAK MELALUI PENCALUNAN KETUA CABANG



Oleh: Ahmadzawawi
September 5, 2010

Semua Parti-Parti Politik dalam negara sedang memberikan tumpuan khusus tentang apa yang sedang berlaku didalam Parti Keadilan Rakyat. Parti PKR sedang melakar sejarah dengan menolak sama sekali cara-cara pemilihan para pemimpin melalui Perwakilan “proxy”. Mulai Pemilihan 2010/2013 ini setiap ahli berhak mengundi semua jawatan di- kesemua peringkat yang terdiri daripada Wanita Cabang, AMK Cabang, Peringkat Cabang, Wanita dan AMK Pusat seterusnya diperingkat Majlis Pimpinan Pusat. Sesuatu yang UMNO sendiripun belum berani melaksanakannya.

Sebaik sahaja proses Penamaan Calun tamat semalam sebanyak 24 Cabang diNegeri Perak telah menerima pencalunan sebagai Ketua Cabang. Daripada jumlah tersebut sebanyak 13 Calun Ketua Cabang telah menang tanpa bertanding. Dilihat secara luaran mereka yang menang tanpa bertanding ini adalah orang-orang yang popular dan sukar dicabar. Sebaliknya jika dianalisa secara mendalam besar kemungkinan Cabang-Cabang tersebut tidak memiliki ahli-ahli yang berkualiti. Ada dua sebab mengapa ianya terjadi begitu. Yang pertama tidak ada usaha yang bersungguh-sungguh mahu membimbing pemimpin pelapis dan yang kedua tidak meletakkan priority untuk menarik orang-orang muda menyertai Parti. Jika perkara ini diusahakan bersungguh-sungguh sudah pasti lebih ramai para intelek mahu menyertai Parti PKR dan secara tidak langsung kedudukan Ketua-Ketua sedia ada akan terjejas teruk.

Bagi Cabang-Cabang yang berdepan dengan pertandingan dua, tiga, empat dan lima penjuru pula memang ada terlihat interesting. Saya suka mengambil kesempatan disini mengucap syabas kepada Tuan Haji Hamzah yang mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatan sebagai Ketua Cabang Lenggong. Sesungguhnya beliau berpandangan jauh demi survival parti. Tuan Haji Hamzah memiliki pengalaman yang luas dalam bidang politik. Saya selaku Naib Ketua dibawah pimpinannya dapat menimba banyak ilmu daripada beliau disamping beliau memberikan pendedahan mentadbir Parti kepada saya diperingkat tinggi mewakili beliau. Jasa beliau akan tetap saya kenang hingga abadi. Saya sebenarnya mengharapkan Sdra Mohd Yunus Hashim tidak ditentang diLenggong. Oleh sebab kita mengamalkan demokrasi setiap ahli berhak menerima pencalunan.

Yang menggusarkan saya orang yang menawarkan diri menentang Sdra Mohd Yunus merupakan ahli yang berumur jauh lebih tua lagi daripada Tuan Haji Hamzah. Oleh yang demikian saya tidak nampak ada apa-apa perubahan yang mampu beliau lakukan diera ledakan maklumat dan dizaman serba canggih ini selain daripada mahu mengejar glamour sahaja.

Terdengar oleh saya pertandingan yang paling sengit diPerak ini ialah diPasir Salak. Saya tidak bersetuju. Walaupun Haji Osman akan berdepan dengan seorang berjawatan tinggi (Naib Presiden) beliaupun tidak kurang apa-apa. Jangan kita lupa beliau ialah pengasas diPasir Salak. Hebat tara manapun Cabang itu kini ianya bermula daripada usaha gigih beliau. Semasa saya Timbalan Ketua Bahagian Padang Rengas saya sering juga mewakili Bahagian hadir dalam mesyuarat negeri. Cara beliau mengendalikan mesyuarat cukup teratur dan setiap pandangan daripada ahli mesyuarat beliau beri perhatian serious. Yang betul-betul sengit saya lihat hanyalah diLumut.

Akhir sekali saya berpandangan Parti PKR akan berdepan masaalah dengan Parti PAS dalam pengagihan kerusi dalam PRU ke 13 nanti. Satu perkara yang menguatkan hujah saya ini ialah dalam aspek menambah keahlian. Parti PKR mencari ahli secara bermusim manakala Parti PAS tidak kira masa, hari-hari pagi petang siang malam.

Kepada sesiapa (ahli) yang berkesempatan membaca tulisan ini buatlah keputusan yang benar-benar boleh memenangkan Parti. Bagi diri saya walaupun tidak menawarkan diri untuk bertanding sebarang jawatan jiwa dan kudrat saya tetap kental dengan Keadilan.

ahmadzawawi

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive