Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, September 06, 2010

Bekas isteri penyanyi Nash hilang bersama pemandu, peguam

September 05, 2010


KUALA LUMPUR, 5 Sept — Ahli perniagaan Datuk Sosilawati Lawiya dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu bersama tiga individu yang lain, demikian menurut polis hari ini.

Dua daripada tiga yang dipercayai hilang bersama beliau dikatakan pemandu dan peguamnya.

Beberapa blog hiburan melaporkan Sosiliwati dikatakan memaklumkan keluarganya mahu menghadiri perbincangan mengenai urusan perniagaan di Banting.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi The Malaysian Insider malam ini mengesahkan pihaknya ada menerima laporan mengenai kehilangan mereka.

“Kami ada menerima laporan yang Datuk Sosilawati tidak ditemui sejak 30 Ogos, bersama beliau ada tiga orang lagi... kami sedang menyiasat sebagai orang yang hilang, itu sahaja yang saya boleh cakap buat masa sekarang,” kata beliau.

Anaknya dikatakan membuat dua laporan polis mengenai kehilangan Sosilawati, pengasas syarikat kosmetik yang beroperasi di ibu negara.

Sosilawati yang juga bekas isteri kepada penyanyi terkenal Nash dikatakan memaklumkan keluarganya akan keluar selama tiga hari.

Bagaimanapun selepas gagal dihubungi anak dan ahli keluarga yang lain mereka membuat laporan polis.

Sosilawati, 46, pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, dan Nash, 50, berkahwin pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor, dan bercerai talak satu di depan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Mohammad di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 26 Mei 2009.

TMI

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive