Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mei 07, 2013

APA KATA BAGI ASAN ALI JADI MB SELANGOR KAH! KAH! KAH!

DEY MACHA!!!
APAHAL ASAN ALI NI DOK SEBOK PULAK
DIA BUKANNYA DOK DALAM PAS LAGI
JANGAN-JANGAN DIA TERINGIN NAK JADI MB KOT
KAH! KAH! KAH!



Dr Hasan Ali: Beri peluang Pas teraju Selangor

SHAH ALAM - Kejayaan Pas menambah penguasaan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor daripada lapan kepada 15 pada pilihan raya umum ke-13 semalam, membuktikan peningkatan pengaruh mereka di negeri itu berbanding dua sekutunya.

Perkembangan itu juga membuka peluang kepada Pas untuk mengetuai kerajaan negeri Selangor yang pada penggal lalu diteraju PKR. Berbanding Pas, PKR kali ini hanya menambah satu kerusi kepada 14, sementara DAP pula menang 15 berbanding 13 kerusi pada 2008.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata pakatan DAP-PKR-Pas di Selangor harus memberi peluang kepada Pas meneraju kerajaan negeri itu kali ini.

"PKR dah ada peluang lima tahun lepas, bagilah peluang kepada Pas. PKR kena berjiwa besar," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Hasan yang pernah menjadi Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor sebelum dipecat daripada PAS pada Januari 2012, turut menggesa pakatan itu berpegang kepada semangat setiakawan.

Beliau merujuk kepada desas-desus jawatan menteri besar itu diintai oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hasan turut menyenaraikan nama-nama anggota dewan undangan negeri (Adun) Pas yang layak mengisi jawatan itu, antaranya Adun Sabak, Sallehen Mukhyi; Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan.

Sallehen, 46, ialah pendakwah bebas dan juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor manakala Mohd Khairuddin, 42, merupakan Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, dan Dr Ahmad Yunus, 48, ialah Yang Dipertua Pas Kuala Langat.

Abdul Khalid pada sidang akhbar di sini hari ini memberitahu calon Menteri Besar Selangor akan ditentukan oleh pucuk pimpinan pakatan dalam masa seminggu ini.

"Soal pentingnya bakal calon MB (menteri besar) mesti diterima dan diperkenan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah)," katanya. - Bernama



NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?


8 ulasan:

  1. Tanpa Nama7/5/13 8:24 PTG

    Kali ini cerita Dato Aji'nomo Dr Assan Ali-Glugor nak jadi penasihat nampaknya ....... Rakyat sekarang ni dah muak tak pakai lagi Assan Ali-Glugor dalam masakan harian pasal Assan Ali-Glugor ni dah berkulat hapak bau nya kah kah kah Rakyat dah ganti dengan asam jawa dalam masakan harian ....... Assan Ali-Glugor ni ada ulat parasit bahaya kalau diambil untuk kegunaan harian ...... kah kah kah Lu Lihat lah sendiri dalam ceramah Assan Ali-Glugor ni apa yang Dia cakap tampa rasa segan dan malu sebagai orang terpelajar ditahap Dr P-erasaan Hasad Dengki-Phd yang dibangga-banggakan .

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama7/5/13 8:32 PTG

    kelayakkan hassan anak ali ini ialah menerima balingan telur busuk tembelang atau lontarkan kemuka dia selipar burok atau keduaduanya sekali.hidupnya menyusahkan orang.inilah ghopenye kalau dah jatuh talak,tak meghaban meghoyan.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama7/5/13 8:37 PTG

    dia ni dah macam hantu penanggal yg takde badan... dok la merayau merewang tak tentu hala....

    BalasPadam
  4. lawak hangpa kah kah kah

    BalasPadam
  5. Aku sokong 200% Hassang ali dilantik jadi mb selangor, tapi para jemaah doktor berpendapat dia kurang siuman maka aku tarik balik sokongan lantikan beliau kejawatan mb selangor itu.

    BalasPadam
  6. kepada pimpinan PR selangor jangan dengor hasan ali ni lagi. buat keputusan dengan bijak. tapi saya sarankan TAN SRI KHALID IBRAHIM di angkat jadi MB selangor sekali lagi! track record dan performance beliau sangat cemerlang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama8/5/13 6:26 PG

      Setuju 101%. Tan Sri Khalid menerajui Selangor sekali lagi. Berdasarkan rrekod yang gemilang sebelum ini. Tak ada keperluan utk menukar MB. Fikirkan rakyat.

      Padam
  7. Tanpa Nama9/5/13 10:59 PG

    Assan Ali ni patut jd penasihat kat kilang kereta diPekan Pahang, bru boleh nasihat kan Pak Ajibtuya@koya bagaimana nak rompak lagi hak rakyat.Kepada Assan Ali ubat makan tak lagi tuuu..kalau tak makan ubat camne nak baik penyakit Mental tu...dengar nasihat doktor ye...meh makan ubat dulu....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive