KEPALA BATAS: Seorang Pegawai TUDM Mejar Zaidi Ahmad, membuat laporan polis ekoran dakwat yang dicalit dijarinya sewaktu mengundi awal semalam, hilang apabila dibasuh.
Zaidi yang bertugas sebagai Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara DiRaja Malaysia Butterworth, berkata, beliau terkejut apabila mendapati dakwat di jari telunjuk tangan kirinya luntur dan kemudianya hilang apabila dibasuh dengan air sabun.
Begitu juga dakwat yang dicalit pada tangan isterinya Shafinah Abdul Hamid turut luntur apabil dibasuh dengan sebuk pencuci pinggan magkuk.
Mereka membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai, Seberang Perai Utara pada pukul 10.58 pagi tadi.
Seorang lagi yang turut membuat laporan polis ekoran kejadian serupa adalah Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim.
"Selepas menjalankan amanah sebagai pengundi pada pukul 12.30 tengahari dan balik mencuci untuk melihat sendiri adakah dakwat tersebut kekal ataupun tidak. Dalam pukul 1.00 tengahari ianya terjawab, " katanya pada media.
Kesediaanya membuat lapuran polis sambungnya, membuktikan dirinya telus, berani mendedahkan ekoran itulah prinsip ketenteraan.
Beliau juga menyeru rakanya dalam TUDM khasnya, tampil membuat lapuran polis berkaitan isu tersebut jika mengalami keadaan sama.
"Rakan yang lain jangan bimbang kerana kita diajar berani kerana benar, " jelasnya.
Majer Zaidi menambah, isterinya bertindak demikian tetapi agak lewat iaitu kira-kira jam 8.00 malam.
HD
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?