Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mei 02, 2013

Heboh ketuanan Melayu tapi tanah dikebas, hutang menimbun




Oleh ZAID IBRAHIM

Saya terbaca sebuah tulisan mengenai tradisi dan cara orang Melayu berpolitik. Penganalisis itu berkata sukar bagi Pakatan Rakyat menembusi kubu kuat Umno kerana orang Melayu mahu mempertahankan dominasi Melayu dan kekuasaan politik Melayu. Orang Melayu, kata penulis itu, kuat semangat kebangsaannya dan maka itu mereka tetap akan bersama UMNO.

Saya berpendapat sebaliknya. Oleh sebab orang Melayu kuat semangat kebangsaannya dan mahu tapak politik negara terus diterajui oleh orang Melayu, dan mahu melihat nilai Islam menjadi asas pentadbiran negara, maka mereka tidak ada pilihan lain kecuali menyokong Pakatan Rakyat.

Rasuah tidak dapat diatasi dengan mengekalkan BN. Tidak ada satu janji yang kita dengar daripada Perdana Menteri tentang cara hendak mengatasi rasuah. Malah banyak kes mengenai pemimpin tertinggi BN tentang rasuah tidak pun disiasat oleh polis dan MACC.

Orang Melayu tidak akan berjaya dalam pentadbiran yang diselubungi dengan rasuah. Mereka tidak ada “cash”, tidak ada duit untuk membayar wang pendahuluan. Mereka akan terus bergantung pada orang luar yang ada duit ini untuk mendapat kontrak. Jadi mereka tidak akan berjaya sebagai pengusaha dan peniaga.

Orang Melayu telah banyak kehilangan tanah mereka. Di merata-rata tempat kita dengar rungutan dari orang kampung dan orang bandar bahawa permohonan mereka untuk mendapatkan tanah tidak diluluskan.

Sering kali kita dengar tanah yang mereka pohon itu telahpun diambil oleh kerajaan. Kenapa? Kerana pemimpin mereka juga mengamalkan rasuah. Justeru, tanah telah menjadi bahan perniagaan orang atasan.

Tanah rizab Melayu semakin hari semakin kurang. Itu pun tidak menjadi kebimbangan kepada Umno yang kononnya memperjuangkan nasib orang Melayu. Tanah adat orang Sarawak dan Sabah juga telah habis dikebas oleh tauke-tauke besar dan pemimpin politik Sabah dan Sarawak. Selagi BN kekal memerintah, tanah rakyat akan hilang semuanya.

Hari ini 40 peratus daripada rakyat Malaysia mempunyai hutang “household debt” atau hutang isi rumah yang besar yang mereka terpaksa tanggung. Mereka berhutang kerana hendak menampung kos sara hidup keluarga mereka. Harga barangan mahal, harga kereta mahal, harga tol mahal, harga elektrik dan air juga mahal. Tetapi pendapatan mereka tidak berubah setelah sekian lama.

Dalam keadaan begini saya hairan bagaimana Orang Melayu boleh terus melaungkan tentang dominasi Melayu dan semangat kebangsaan yang tinggi, seperti yang Umno mahu mereka lakukan. Itu semua adalah laungan kosong yang tidak ada ertinya.

Semangat kebangsaan sebenar memaksa orang Melayu, orang Sabah dan Sarawak menghapuskan rasuah daripada muka bumi mereka. Buang pemimpin yang rasuah barulah mereka ada bahagian di tanah bertuah ini. Tidak ada erti bercakap tentang orang Melayu yang dominan sedangkan orang Melayu sendiri miskin dan berhutang di sana sini.

Rakyat mesti sedar bahawa pilihan raya inilah peluang mereka membuat perubahan ini.
Lupakan saja gula-gula Najib Razak dan tumpukan pada isu sebenar iaitu isu orang miskin yang tidak ada tanah, isu rasuah besar-besaran dan isu pendapatan yang kecil untuk menampung kos sara hidup yang tinggi.

Hanya Kerajaan Pusat yang prihatin kepada masalah kebajikan rakyat sahajalah yang dapat menggubal dasar-dasar yang memberikan keuntungan kepada rakyat dalam masa panjang.

---------
Tulisan ini dipetik dari zaiduntukrakyat.com

DD


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive