Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mei 11, 2013

KITA PERLUKAN RAMAI PEMIMPIN UMNO YANG BERKEPALA HOTAK MACAM NI

DEY MACHA!!!
TAHNIAH MB TEGANU
KEPALA OTAK DIA MEMANG BERKELAS DUNIA
HARAP LEBIH RAMAI PEMIMPIN UMNO
YANG MEMPUNYAI KEPALA HOTAK MACAM NI
SENANG SIKIT BAGI LINGKUP UMNO
KAH! KAH! KAH!

MB T'ganu: Tiada rumah mampu milik di kawasan BN kalah

Kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas. 

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata rakyat di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih. 

"Kita akan pertimbangkan cara lain, namun buat masa ini memang tiada cadangan untuk meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan yang (BN) kalah. 

"Selama ini kita (BN Terengganu) telah mengambil alih tugas wakil rakyat PAS dalam menyelesaikan masalah harian mereka (rakyat) dan kali ini biarlah rakyat di kawasan itu mengadu kepada wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Maziah di sini hari ini. 

Ahmad bagaimanapun berkata BN Terengganu akan terus melaksanakan agenda pembangunan seperti yang dilakarkan dalam Aku Janji BN negeri. 

"Pembangunan akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (BN) kalah, kita akan bina di kawasan yang dimenangi BN," katanya. 

Antara Aku Janji tambahan BN Terengganu dalam pilihan raya lalu ialah menarik pelaburan lebih RM25 bilion dalam industri petrokimia, bioteknologi dan keluli dengan lebih 10,000 peluang pekerjaan, menaik taraf Institut Al Quran Terengganu sebagai sebuah kolej universiti dan menjadikan Tasik Kenyir sebagai Hab Ekopelancongan dan kawasan bebas cukai.

Ahad lalu BN Terengganu mengekalkan mandat pemerintahan di negeri itu apabila memenangi 17 kerusi DUN manakala PAS (14) dan PKR (satu). 

Daripada lapan kawasan Parlimen, BN menang di Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu manakala PAS menang di Dungun, Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu. - Bernama

4 ulasan:

  1. Ni manusia ke natang dulu nate ni kata pas ajaran sesat muka mcm lanun x sesuai jadi mb....x ada org lain ke asyik.muka nate ni je.jadi mb ganu..

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama12/5/13 1:24 PG

    Teruskan lah kelsombongan anda M B trengganu,perentahlah dgn rakus.tiada sifat demokrasi pd diri anda,mentang2 dpt kuasa ,buatlah sesuka hati

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama12/5/13 1:44 PG

    Salam MB Trengganu,jgn lupa Allah lantik tuan jd pemerentah ,pegang amanah tu,jgn ikut nafsu ,Allah tidak suruh pemerentah beri denda kpd rakyat,nanti hati jd hitam,muka jd kelabu ,dan mulut jd herot,nauzubillah

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama12/5/13 5:29 PG

    Dewan Ulamak PAS Pusat DUP) ucap tahniah kepada BN Terengganu? Dewan Ulamak PAS Pusat dan BN Terengganu ni satu geng ke? Apakah DUP menerima kemenangan BN Terengganu dengan cara pelbagai tipu helah yang kotor?

    Faham le kita mengapa DUPP menentang kuat sangat apabila DSAI dicadangkan menjadi PM jika Pakatan menang dalam PRU 13 tempohari.

    Dalam soal ini bukan DUPP je menentang, Umni Hafilda, geng Tibai, Ezam, Zahrain & geng, malah Chua Soi Lek pun menetang DSAI nak menjadi PM.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive