Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Ogos 03, 2009

DAP nafi hanya kaum Melayu sertai demonstrasi



SHAH ALAM – Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua menafikan bahawa demonstrasi Anti-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diadakan kelmarin hanya terdiri kaum Melayu sahaja.

Katanya, tidak timbul isu terbabit kerana kaum lain juga turut terlibat secara langsung dalam perarakan itu dan menyifatkan dakwaan itu tidak berasas.



Menurutnya, bangsa Cina dan India juga hadir menyertai perhimpunan itu tetapi kebanyakannya berkumpul di Kompleks Pernas Sogo.

“Dalam konteks ini saya rasa tidak timbul isu bangsa lain tidak terlibat. Kalau hanya fokus di Jalan Masjid India, kawasan terbabit memang ramai Melayu, tetapi jika dilihat secara keseluruhannya lokasi kaum lain pun kelihatan,

“Justeru jangan timbulkan soal perkauman di sini,”katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan yang kononnya kaum Melayu lebih ramai terlibat dalam demonstrasi Anti-Isa yang diadakan pada Sabtu lalu anjuran Gerakan Mansuh Isa (GMI).

Tony berkata, dalam apa juga situasi persoalan berbau perkauman tidak patut digunakan sama sekali kerana ia akan mencetuskan keadaan negatif kepada masyarakat.

Beliau berkata, rakyat yang keluar adalah merangkumi semua kaum, tujuan asal mereka adalah satu iaitu untuk memansuhkan ISA.

“Perkara itu (mansuh ISA) lebih penting daripada mencetuskan perkuaman. Bagi saya isu siapa ramai yang terlibat langsung tidak timbul.

“Saya rasa isu itu tidak pentingnya, tetapi matlamatnya adalah penting,”katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, perhimpunan yang dilaksanakan itu membuktikan rakyat negara ini sanggup keluar menyokong mansuh akta itu.

“Penyertaan mereka (rakyat) merupakan satu cara untuk memberi desakan kepada kerajaan untuk bertindak memansuhkan akta terbabit,” katanya.

sinarharian





E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.comdescription:nizar,nizar,nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,altantuya,manek urai,teoh beng hock,Bas bawa Unit Amal Pulau Pinang terbalik,2 kritikal
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive