Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Ogos 03, 2009

Demonstrasi ISA: Tindakan Polis Ganas dan Terlampau




Tindakan pihak polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terhadap demonstrasi secara aman mansuhkan ISA di ibu negara, kelmarin dianggap paling ganas dalam sejarah Malaysia.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang menyertai Perhimpunan itu berkata, tindakan pihak berkuasa adalah keterlaluan dan melampau.

Lebih 400 orang yang berhimpun secara aman ditahan pihak polis yang turut melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke arah mereka di beberapa lokasi sekitar ibu negara.

“Kami tidak menjangkakan bahawa mereka terlalu terdesak dengan mengambil tindakan terlalu agresif dan melampau,dan ternyata mereka itu semacam lebih tertekan hari ini berbeza dengan perhimpunan terdahulu daripada ini.Sehingga petang ini mereka masih lagi menunggu kami di Jalan Raja Laut dan di Ibu Pejabat Pas ini.Saya kira ini adalah perbuatan paling ganas dan paling keji dari pihak FRU.”Katanya.

Kedua-dua pihak iaitu kumpulan Anti-ISA dan Pro-ISA gagal menyerahkan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara.

Dr Dzulkefly menegaskan, undang-undang ISA ini bukan sahaja tidak releven pada masa ini, malah menzalimi rakyat di Negara ini sendiri.

“Kita mahukan Perdana Menteri mengambil kira kesungguhan dan komitmen rakyat.dan beliau perlu segera mengambil tindakan memansuhkan ISA dan bukan sekadar merujuk atau mengulang tayang serta meminda mana-mana undang-undang ini,tetapi pada dasarnya adalah zalim kerana menafikan hak pembelaan kepada tertuduh secara terbuka dimahkamah bagi mereka mempertahankan diri.”

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula berkata, kejadian yang berlaku pada hari ini menun jukkan mesej yang jelas daripada rakyat terhadap kezaliman yang berlaku di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Exco Selangor, Dr Halimah Ali berkata, tindakan pihak berkuasa yang melampau ini tidak seharusnya berlaku kerana Malaysia adalah sebuah Negara yang mengamalkan dasar demokrasi.

Katanya, rakyat berhak memberi pandangan dan mengemukakan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong secara aman.

tvselangor


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.comdescription:nizar,nizar,nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,altantuya,manek urai,teoh beng hock,Bas bawa Unit Amal Pulau Pinang terbalik,2 kritikal

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama3/8/09 3:15 PTG

    memang patut golongan ni di layan seperti itu ..inilah muka-muka melayu yang bangang yang senang dikudakan oleh bangsa lain tanpa disedari..berapa ramai melayu yang di tangkap berbanding bangsa lain..apasal yang takut sangat dengan isa kalau x buat salah....kalau aku jadi polis tu aku terajang semua termasuk anwar ibrahim melayu jahanam tu...apa ...teruk sangatkah negara kita ni..teruk sangat kah pemimpin melayu kita sekarang ni...? Tak ujud ke agama islam dalam pemerintahan sekarang.. yang aku nampak pemimpin yang korang agung2 itu lebih ganas...dan tak bertamadun ...sedih...tengok bangsa melayu nak hapuskan benda yang akan mempertahan keistimewaan orang melayu...
    Ini lah melayu....disaat bangsa lain mengejar kejayaan kita sibuk dijalanan ..buat kecoh..pastu ..gaduh...melayu dengan melayu pulak tu dan lagi sedih ...islam dengan islam....korang tak sedar dalam pada korang berdemonstrasi..ada bangsa lain yang tengah atur strategi untuk hapuskan bangsa kita...woiiiiiiiii...bangsa melayu...sedar....dan cepat sedarrrrrrrrrrrrrrrrr....anwar petualang bangsa...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive