Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Ogos 01, 2009

Demonstrasi mansuh ISA adalah lontaran suara hati rakyat




Zuharman MN

KOTA BHARU, 31 Julai - Tindakan polis tidak membenarkan demonstrasi pro dan anti ISA yang akan diadakan di ibu negara pada 1 Ogos (esok) sebagai tidak menghormati aspirasi rakyat dalam menuntut haknya.

Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertikaikan perkara tersebut yang dianggap sebagai bertentangan dengan hak asasi rakyat selaras dengan amalan prinsip demokrasi negara berparlimen.

Nik Aziz tidak menyalahkan pihak polis secara total dalam perkara tersebut yang disifatnya terpaksa menjalankan tugas mengikut arahan pihak atasan (menteri). Sebaliknya persoalannya menjurus kepada kementerian berkenaan.

Difahamkan Nik Aziz akan turut serta bersama penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, dan lebih 83 NGO dalam demonstrasi anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Melalui perhimpunan itu GMI akan menyerahkan satu deklarasi rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong menuntut ISA dimansuhkan kerana mencabuli hak-hak asasi sesuai dengan syor Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Bagaimanapun, polis memberi amaran tegas kepada pihak terbabit supaya membatalkan rancangan tersebut dan menurut laporan Dato' Seri Hishamudin Tun Hussien, selaku Menteri Dalam Negeri sudah memaklumkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam demonstrasi berkenaan.

Sementara itu menurut sumber yang menghubungi wakil Harakah pagi tadi memberitahu pihak polis telah mula mengadakan sekatan jalan raya di beberapa lokasi utama sejak pagi tadi bagi menghalang tujuan tersebut.

Dalam pada itu Nik Aziz menegaskan tidak ada sebab kerajaan menghalang hak kebebasan suara rakyat bagi menyampaikan hasratnya sama ada dalam bentuk protes melalui perhimpunan aman tanpa niat untuk mencetuskan huru-hara.

Demonstrasi diadakan kerana rakyat ingin menyampaikan hasratnya. Bukan untuk mencetuskan sebarang huru-hara. Dan ia akan dilakukan dengan aman. Jadi kenapa tidak boleh?

Sudah lama rakyat melontarkan suara hatinya dengan cara cukup berhemah supaya ISA dimansuhkan. Sama juga dengan pemansuhan PPSMI, tapi ia seolah-olah tidak ada sebarang tindak balas positif.

Maka inilah pilihan lain terpaksa diambil mereka,? ujarnya pada majlis kuliah mingguan di dataran ilmu dekat sini pagi tadi.

Nik Aziz berhujah kerajaan yang dilantik oleh rakyat melalui proses pengundian menerusi pilihan raya yang memerintah lebih daripada 50 tahun sepatutnya lebih matang dalam memahami aspirasi rakyat dalam pelbagai aspek.

Seseorang menteri ataupun kerajaan dilantik oleh rakyat. Kalau rakyat tidak undi dia tak boleh jadi kerajaan ataupun menteri. Jadi kenapa dinafikan hak rakyat yang inginkan hak mereka,? ujarnya.

Sehubungan itu beliau memberitahu undang-undang negara menggambarkan seolah-olah ingin meletakkan sesuatu kesalahan di atas bahu rakyat sambil menegaskan demikianlah yang dinamakan undang-undang sekular.

harakahdaily


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,nizar,nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,altantuya,manek urai,teoh beng hock

2 ulasan:

  1. Biaqpila,
    Bagi saya demonstrasi ini telah membawa banyak kesusahan kepada penduduk kota itu sendiri.
    Saya berani mengatakan bahawa bukan semua yang datang berhimpun itu memperjuangkan tentang pemansuhan ISA.
    Satu sahaja yang ingin saya katakan kepada pendemonstrasi, anda semua telah berjaya dipergunakan oleh golongan politik tertentu untuk kepentingan mereka.
    TAHNIAH

    BalasPadam
  2. Sedih bila tengok bangsa aku ( Melayu ) jadi alat pihak lain utk kepentingan puak tertentu.Majoriti yg bertempik di tengah jalan tu semuanya melayu..mana dia ahli 2 DAP & PKR cina & india..diaorg senang lenang kat rumah..yg puak2 melayu bangang ni sanggup berdiri tengah 2 panas...dah tu menyusahkan semua orang..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive