Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Ogos 21, 2009

Kedah Tagih Khidmat Shakir, Bunyamin Bagi Pertahan Piala Malaysia


Pemain Harimau Muda, Ahmad Shakir Md. Ali (tengah).

ALOR SETAR, 19 Ogos (Bernama)-- Juara bertahan Piala Malaysia, Kedah sedang berusaha mendapatkan khidmat dua pemain yang pernah mewakili pasukan itu iaitu Ahmad Shakir Mohd Ali dan Mohd Bunyamin Omar bagi menghadapi saingan Piala Malaysia yang akan bermula penghujung bulan depan.

Ketua jurulatihnya Mohd Azraai Khor Abdullah berkata rundingan bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang dilakukan agar dua pemain itu dapat menyarung jersi Hijau Kuning.

"Kedah masih menunggu jawapan daripada FAM berhubung status Shakir,", katanya.

Mohd Azraai berkata kehadiran semula kedua-dua pemain itu sudah pasti akan memberi kekuatan baru kepada pasukan Kedah memandangkan mereka telah beraksi cemerlang untuk pasukan masing-masing ketika saingan Liga Super dan Liga Perdana musim ini.

Ahmad Shakir merupakan penyerang skuad Harimau Muda yang muncul juara Liga Perdana musim ini, manakala Bunyamin pula bermain untuk pasukan UPB-MyTeam yang tidak akan beraksi untuk Piala Malaysia.

Mengenai khidmat Bunyamin pula, Azraai berkata perkara itu juga sedang diusahakan kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan termasuklah soal tempat pengajiannya.

"Kita sedang cuba untuk menukarkan Bunyamin yang sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Universiti Utara Malaysia (UUM). Jika semuanya berjalan lancar, harapan untuk mendapatkan khidmatnya adalah cerah," katanya.

Mohd Azraai ditemui selepas perlawanan persahabatan antara pasukan Kedah menentang Kelab Fourway Rangers dari Hong Kong di Stadium Darul Aman di sini petang tadi yang menyaksikan tuan rumah mencatat kemenangan tipis 2-1.

--BERNAMA


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive