Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Ogos 22, 2009

BN Terus Guna Wang, ‘Kuda’kan Jentera Kerajaan | Nizar News



PERMATANG PAUH – PAS yakin UMNO akan terus menggunakan ‘wang’ dan memanupulasikan jentera kerajaan dalam usaha untuk memenangkan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, kekuatan UMNO dilihat sangat bergantung kepada kedua-dua faktor tersebut untuk melebarkan pengaruhnya.

Menurutnya, jika tidak kerana kedua-duanya, UMNO tidak mampu mempertahankan kemenangan dengan baik di beberapa tempat di seluruh negara.

“Perkembangan awal ketika ini pun menampakkan bahawa parti tersebut sudah mula menggunakan jentera kerajaan secara terang-terangan.

“Daripada dulu lagi, itulah demokrasi ala Malaysia (oleh UMNO), saya tidak harapkan sangat UMNO akan berubah tetapi hayat UMNO dilihat bertahan kerana jentera kerajaan dan media,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, PAS menyedari dan cukup tahu, taktik UMNO yang terus menerus menggunakan kekuatan jentera kerajaan itu.

Oleh itu, beliau berkata, PAS sudah mempunyai strategi tertentu untuk mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir.

Beliau yakin dengan gerak kerja yang dilakukan PAS ketika ini dan menyeru supaya semua pihak adil dalam memberi peluang kepada kedua-dua pihak.

Yahaya berkata, apa yang penting, media perlu memberi ruang sebaiknya dan tidak sesekali mengeksploitasi sebarang isu bertujuan menjatuhkan pihak lawan.

Selain itu, beliau turut yakin calon PAS, Ustaz Salleh Man mempunyai kekuatan sendiri untuk membawa kemenangan kepada PAS walaupun berusia lebih 15 tahun berbanding calon UMNO.

“Walaupun sebelum ini kawasan tersebut dipegang PAS selama tiga penggal, namun ia pernah ditadbir BN dan kita akan bekerja habis-habisan untuk pastikan kemenangan di pihak PAS” katanya.

buletinonline


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive