Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Ogos 14, 2009

Khairy Pengecut, Tolak Tawaran Debat Terbuka



Kewibawaan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sekali lagi dipertikaikan. Setelah berkali- kali berdolak dalih untuk berdepan dengan Ketua Pemuda Pas, Ustaz Nasruddin Hassan At- Tantawi menerusi debat perdana anjuran Gerak, beliau akhirnya menaikkan bendera putih seraya membuka segala ruang kritikan terhadapnya.
Gerak sebelum ini merangcang mengaturkan satu debat perdana membabitkan kedua- dua tokoh politik muda negara berhubung isu Rasuah dan masa depan Malaysia- dimana peranan pemimpin muda politik ?

Namun usaha ini menemui kegagalan apabila hanya pemuda pas yang menyatakan kesediaan untuk berdebat. Ini bukan kali pertama pemuda UMNO menolak untuk berdebat secara terbuka bagi berhujah tentang isu- isu semasa.

Naib Presiden Pas, Sallehuddin Ayub menyifatkan Khairy telah mencerminkan sikap pemimpin UMNO yang tidak mempunyai jati diri yang kuat dan tidak mempunyai keyakinan untuk berhujah memperjuangkan apa yang lantang dilaungkan parti mereka.

"Satu sikap yang pada saya tidak wajar. Tidak bijak. Ajak debat pun tidak mahu, wacana pun tidak mahu. Jadi apa yang Pemuda UMNO boleh ? Itu pada saya tidak seperti yang di perjuangkan UMNO. Apa yang tinggal pada Pemuda UMNO ?," kata Sallehuddin.

Tv Antara juga menghubungi Ketua Pemuda Pas, Ustaz Nasruddin untuk mendapatkan reaksi beliau terhadap penolakan kali kedua pemimpin UMNO itu.

Nasruddin tidak dapat mengelak daripada menyifatkan Khairy sebagai pengecut untuk berdepan membahaskan isu rasuah, isu yang membarah dalam parti anutannya itu.

"Apa lagi yang boleh saya kata kalau tidak berani untuk tampil mengulas isu atau pun berdepan dengan realiti yang perlu kita tangani bersama. Musuh akan menganaggap ini adalah satu tindakan yang penakut, atau tindakan yang tidak berani menyatakan kebenaran. Kita selalu dipesan oleh orang- orang tua kita, berani kerana benar, takut kerana salah," kata Nasruddin.

tva


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. Itulah kewibawaan yang ada pada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin serta pengikut2 nya. Mereka boleh dianggap macam tin kosong, apabila dipalu bunyi kuat bukan main lagi tapi isinya kosong. Boleh dilihat dari kelakuan bodoh Khairy dan pengikutnya apabila mengadakan ceramah yang dihadiri oleh pengikut UMNO/BN saja serta apa yang dilakukan oleh pemuda UMNO keatas YB Karpal di parlimen tempoh hari. Apabila diajak berdebat pemuda UMNO menolak untuk berdebat secara terbuka. Memang pemuda UMNO tidak mendatangkan faedah kepada rakyat Malaysia tetapi menjadi pengacau serta merosakkan rakyat Malaysia saja. Itulah kelebihan istimewa yang ada pada pemuda UMNO dibawah pimpinan Khairy pengacau.

    BalasPadam
  2. Debat hanya untuk menegak benang yang basah.siapa yang untung????Tiada apa yang kita dapat hanya bergaduh sesama melayu.Yang untung kaum lain yang mempergunakan kita untuk kepentigan satu2 pihak.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive