Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Ogos 06, 2009

MANEK URAI - Umno Kelantan Tak Jadi Buat Petisyen




MELBOURNE, 4 Ogos (Bernama) -- Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata pihaknya tidak akan meneruskan hasrat mengemukakan petisyen terhadap keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai 14 Julai lepas.

"Setakat ini kita dimaklumkan oleh peguam kita kesnya tidaklah berapa kukuh. Maka itu, kita tidak akan teruskan petisyen tersebut," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berada di Australia mengetuai misi perdagangan dan pelaburan anjuran kementerian itu, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Pada pilihan raya itu BN tewas dengan majoriti tipis 65 undi apabila calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50 mendapat 5,348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat memperoleh 5,283 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob daripada PAS pada 22 Mei lalu akibat sakit jantung.

Mustapa yang juga Pengarah Pilihan Raya BN DUN Manik Urai berkata dalam pilihan raya kecil itu BN buat pertama kalinya menggunakan satu pusat penyelarasan bagi meyelaraskan semua aktiviti kempen untuk pilihan raya berkenaan.

"Aktiviti kita melibatkan program-program turun ke bawah, kurangkan majlis rasmi dan kurangkan majlis besar-besaran. Apa yang kita buat adalah lawatan dari dan rumah ke rumah dan kita dapati adalah lebih baik jika kita menemui pengundi secara langsung," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan pendekatan yang sama akan digunakan dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir nanti.

-- BERNAMA


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive