Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Ogos 19, 2009

Media Pro-Umno Dicabar Dedah Klip "Ahli Umno Tak Masuk Syurga" | Nizar News



Media arus perdana kendalian Umno-BN dicabar mengemukakan klip penuh ucapan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Naib Presiden Pas, Sallehuddin Ayub berkata, Nik Aziz akan mengemukakan saman terhadap media yang gagal mengemukakan bukti berkenaan.

“Kami mencabar media-media khususnya pro Umno supaya mendedahkan sepenuhnya klip video yang menyatakan ahli Umno tidak akan masuk syurga. Lain lah jika pihak terbabit dan pemimpin BN mahu jadikan Umno sebagai ikon kebencian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata tindakan Umno mengangkat Rohaizat Othman sebagai hero amat mendukacitakan, meskipun calon itu didapati pecah amanah wang milik Koperasi Pekebun Kecil Getah.

Katanya lagi, Rohaizat sendiri tidak pernah mengemukakan sebarang kenyataan kepada umum menafikan penglibatan beliau dalam isu berkenaan.

“Masalah beliau bayar semula setalah diajukan dengan desakan yang serius. Dia tidak pernah membuat satu kenyataan yang dia tidak pernah terlibat dalam isu ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggelarkan calon Umno sebagai ‘padi basah’ kerana tindakan pimpinan parti berkenaan ibarat menggunakan pendekatan tangkap muat memilih calon.

tva


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive