Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Ogos 15, 2009

Umno BN Akan Makan Pasir di Permatang Pasir | Nizar PRK




Pilihanraya Kecil Dun Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos ini.Pilihanraya kali ini mencatat sejarah sebagai pilihanraya pertama dalam musim H1N1 mengganas. Namun sepertimana juga pilihanraya kecil lalu,ia terpaksa diadakan pada hari bekerja semenjak BN selalu tewas dalam beberapa pilihanraya sebelum itu.Buat pertama kali juga penamaan calon akan dibuat pada hari bekerja.Ia dipercayai dapat mengelak Umno BN kalah awal dari segi kehadiran penyokong pada hari penamaan calon.

Umno Bn akan dijangka akan terus menggunakan corak permainan dan strategi yang sama sepertimana di pilihanraya kecil Manek Urai lalu.Umno BN percaya kekalahan tipis mereka di Manek Urai perlu diterjemahkan dengan kemenangan kali ini.Mereka perlu membuktikan kata-kata mereka tentang gelombang perubahan di kalangan rakyat bukanlah omong kosong.Jika tidak dibuktikan,ianya akan menjadi temberang di mata rakyat.

Di antara strategi yang akan digunakan adalah seperti projek jambatan,anak angkat,anak emas,kota agropolitan dan sebagainya lagi yang merupakan umpan kebendaan kepada rakyat semata.Pemimpin mereka pula akan berulang-alik menggunakan helikopter semasa tempoh kempen.Tidak dapat dipastikan samada aksi membawa beg besar turun dari helikopter juga akan disaksikan sekali lagi kali ini.



Perlu Umno BN fahami,Permatang Pasir bukanlah Manek Urai dan Manek Urai juga bukanlah Permatang Pasir. Senario politik semasa juga memainkan peranan dalam menentukan siapakah bakal menang di Permatang Pasir.Rakyat di Permatang Pasir sememangnya terdedah dengan isu-isu semasa dan sukar untuk Umno BN meng'ayat' mereka.Selain dari itu,dun Permatang Pasir merupakan kawasan Anwar Ibrahim. Sokongan kepada pemimpin de factor itu masih kuat bagi penduduk kawasan tersebut.

Amat sukar buat Umno BN untuk menang kali ini kerana pada pilihanraya lalu Pas menang dengan majoriti 5433 undi.Lebih mudah untuk kita menjangkakan Umno BN akan tersungkur dan makan pasir di Permatang Pasir.biaqpila.blogspot.com


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive