Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Ogos 11, 2009

Umno Pas : Ali Rustam Perlu Cermin Diri Dulu-Khalid Samad

Cerminlah dulu diri sendiri sebelum membuat sebarang kenyataan!


Begitulah teguran Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kepada Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Ali Rustam yang menggesa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat berhubung isu arak.

“Saya mengesyorkan kepada ketua menteri Melaka yang dulu telah di halang untuk bertanding dalam pemilihan umno kerana didapati bersalah atas rasuah politik,mencerminkan dirinya dulu sebelum nak komen orang lain”.

Khalid berkata demikian selepas menyampaian Hadiah Pertandingan Marhaban dan Berzanji Selangor 2009 di Auditorium MBSA, petang tadi.

Katanya, Ali Rustam seharusnya mencontohi tindakan kerjaan Selangor dalam menangani isu arak yang menyumbang kepada gejala sosial yang semakin serius yang melanda masyarakat negara ini.

“Dan negeri Melaka pun patut berusaha untuk mencontohi,dimana kita nak tingkatkan kesedaran di kalangan masyarakay berhubung dengan keburukan dan kerosakan hasil daripada budaya minuman keras,yang selama ini telah menjadi satu perkara yang biasa.so saya rasa dia punya cabaran tu tak kena tempat la”,tambah Khalid lagi.

Isu pengharaman penjualan minuman keras di Selangor telah mencetuskan kontroversi daripada pelbagai pihak.

Khalid berkata setakat in 10 daripada 17 rangkaian 7eleven telah menghentikan penjualan arak di premis perniagaan mereka. Manakala 7 lagi telah memperketatkan penjualan minuman keras kepada orang ramai.

Menurut Khalid lagi, PAS memandang pengharaman ini sebagai satu langkah membendung umat Islam daripada terlibat dengan arak, selain membantu mengurangkan masalah sosial yang berlaku disebabkan pengaruh alcohol.

tvselangor



E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Bukankah selepas PR MEMERINTAH semakin banyak kelab malam dan rumah urut dibuka...

    Mana janji pru;kalau pr menang sebelum subuh kilang arak akan ditutup...sudah la...bukankah baru baru ni..kontrak kilang arak tu dah habis...sapa yang sambung lagi...BN ker...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive