Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mac 17, 2010

Bekas SB Ganti Asri Menulis Di Utusan

Utusan Malaysia mengugurkan Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai kolumnis penerbitan Mingguan Malaysia dan menggantikannya dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Penulisan terakhir beliau disiarkan dalam Mingguan Malaysia pada 28 Feb lalu.
Memetik Wikipedia, Harussani pernah menjawat jawatan sebagai anggota polis Cawangan Khas, Bukit Aman sebelum menjadi Kadi Besar Pulau Pinang dari tahun 1966-1984.

Harussani kemudian dilantik menjadi mufti Perak sehingga kini.
Melalui penguguran ini menunjukkan pemerintah berpatah arang dengan bekas mufti Perlis tersebut yang mutakhir ini kritikal dengan perkembangan sosio-politik tanahair.

Kolum dimuka surat sembilan yang sebelum ini memuatkan Minda Dr Maza bakal diganti pula denga penulisan Harussani.
Beberapa blog juga mendakwa Harussani berpegang kepada fahaman politik Melayu maka ia jelas menunjukkan pemilihan Harussani adalah selaras dengan ideologi akhbar naungan Umno-Barisan Nasional itu.
Contoh paling jelas beliau mendakwa tidak berpolitik atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik, tapi bersungguh-sungguh mengajak PAS bergabung dengan Umno di Perak namun ternyata usaha tersebut gagal.
Dalam pada itu Dr Mohd Asri juga sudah menyimpan hasrat untuk berhenti memandangkan wujudnya perbezaan dengan akhbar tersebut.
"Ya, saya pun memang ingin berhenti dan Mingguan Malaysia pun nampaknya sudah keberatan. Banyak pandangan saya kebelakangan ini berbeza dengan mereka, bagaimanapun saya berterima kasih kepada ruangan yang diberikan sebelum ini." katanya
Dr Mohd Asri menambah beliau akan menulis dalam beberapa media lain yang lebih bebas.

suara-keadilan





1 ulasan:

  1. Betul ke Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pernah jadi SB?
    Macam tak percaya.
    Tapi dlm dunia ni, semua benda jadi POSSIBLE...bila duit jadi matlamat.

    Aksi kitalah yg menyebabkan kita hina atau mulia...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive