Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, September 01, 2010

Berkhalwat dengan lelaki bukan Islam

Operasi Sayang Jais cekup 22 pasangan kekasih

Seorang wanita yang disyaki berkhalwat dengan lelaki bukan Islam turut dicekup.


August 31, 2010

SHAH ALAM, 31 Ogos — Seramai 22 pasangan kekasih warganegara tempatan yang dipercayai berkhalwat ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam “Operasi Sayang” sempena sambutan ambang merdeka malam tadi dan awal pagi ini.

Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan Jais, Nurhamizah Othman berkata kesemua pasangan itu ditahan di beberapa hotel bajet sekitar Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya sepanjang operasi yang bermula pada pukul 11 malam semalam sehingga 4 pagi ini.

Beliau berkata pelbagai taktik licik dikesan cuba digunakan pasangan kekasih bagi mengelakkan mereka daripada ditangkap seperti mendaftar masuk ke hotel atas nama masing-masing tetapi hanya menggunakan sebuah bilik.

“Curiga dengan tindakan itu, pihak kami pada mulanya pergi ke sebuah bilik yang didaftar namun tiada orang di dalamnya sebelum menyerbu ke sebuah bilik lagi.

“Di bilik itu, anggota Jais yang terpaksa memecah masuk setelah pintu tidak dibuka mendapati ada seorang lelaki dan wanita yang bukan muhrim berada di dalamnya,” kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Selain pasangan itu, Nurhamizah berkata terdapat seorang wanita yang disyaki berkhalwat dengan lelaki bukan Islam menggunakan nama kekasihnya dalam buku pendaftaran bilik sewa hotel bagi mengaburi pihak Jais.

Nurhamizah berkata kesemua pasangan yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu dibawa ke ibu pejabat Jais di sini untuk diambil keterangan dan diikat jamin sebelum dibebaskan.

Beliau berkata pasangan yang disyaki berkhalwat itu akan didakwa mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, katanya lelaki bukan Islam itu tidak akan didakwa oleh Jais. — Bernama



1 ulasan:

  1. Tanpa Nama1/9/10 1:23 PG

    Berkhalwat dan bercumbu-cumbu dikhalayak ramai sudah jadi lumrah diLembah Kelang ni.Yang peliknya,perempuan Melayu nampak begitu murah dan senang dipikat oleh warga asing - Mat Afrika dan Abang Bangra serta Abang Burma.Heiran juga kita melihat perempuan Melayu yang konon tutup urat boleh berpelokan dengan Mat Afrika dan bergurau senda dengan Abang Bangra.Heirakah kita jika anak luar nikah jumlahnya sudah sampai ketahap menggerunkan dan bayi dibuang dimerata-rata tempat.Tak tau apa JAIS dan JAWI buat,agaknya sibuk kawal mesjid dan surau.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive