Ahad, Ogos 16, 2009
Permatang Pasir:Pertaruhan sengit buat BN | Nizar PRK
Ini adalah pilihan raya kecil ke-8 selepas pilihan raya umum 8 Mac, 2008. Terdapat 20,350 pengundi di kawasan DUN Permatang Pasir, dengan Melayu 72.3%, Cina 26% , India dan lain-lain, 1.7%. Secara tradisional, kerusi ini dimenangi pembangkang. Dalam PRU ke-12, PAS menang dengan majoroti 5,433 undi.
Untuk Barisan Nasional, ini bukan pertaruhan yang mudah memandangkan kerusi ini terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh. Pengaruh Anwar akan menyerlah. Lebih mungkin tewas daripada menang. Oleh itu, kemenangan akan menjadi bonus buat BN. Pada hakikatnya, seandainya BN berjaya mengurangkan 5,433 undi majoriti yang dimenangi calon PAS sebelum ini, maka ia merupakan kemenangan moral buat BN.
Calon pilihan UMNO adalah penting. Seandainya calon diterima oleh kebanyakan ahli bahagian, maka saya amat pasti bahawa ahli UMNO akan lebih komited untuk memastikan jentera pilihan raya berjalan dengan berkesan. Selalunya masalah terbesar buat BN, sama ada UMNO, MCA, MIC mahupun Gerakan, adalah pemilihan calon. Kekurangan sokongan daripada ahli parti sendiri akan menyebabkan kekalahan dalam pilihan raya, lebih-lebih lagi dalam pilihan raya kecil. Apabila ahli tahu bahawa keputusan pilihan raya kecil tidak akan membawa kesimbangan kuasa dalam negeri, maka komitmen ahli BN akan berkurangan.
Sememangnya ahli PAS akan menunjukkan semangat yang tinggi untuk menghadapi pilihan raya kecil, lebih-lebih lagi ini adalah kubu mereka. Namun, pengurangan undi majoriti secara mendadak dalam pilihan raya kecil Manek Urai, Kelantan telah melemahkan keyakinan dalam parti. Oleh itu, ahli PAS akan bekerja dengan lebih kuat untuk membuktikan bahawa mereka memperolehi sokongan masyarakat Melayu.
Undi bukan Melayu penting
5,600 orang pengundi bukan Melayu menjadi penting dalam pilihan raya kecil yang akan datang. Ini merupakan satu lagi contoh yang klasik, di mana apabila undi Melayu berpecah, maka undi bukan Melayu, seandainya tidak berpecah, akan menjadi penting untuk mana-mana parti. BN perlu meneruskan "jalan tengah"nya, memenuhi keperluan semua komuniti. Politik "untuk mencapai keseimbangan" adalah tugas yang perlu dikendali dengan cermat, yang selalunya tidak difahami orang ramai. Pembangkang akan mempunyai kelebihan kerana tidak perlu melaksanakan apa yang diperkatakan, kerana mereka tidak berkuasa di peringkat persekutuan.
Perselisihan secara terbuka antara PAS dengan DAP adalah contoh yang baik dalam politik peringkat negeri. Apabila setiap parti mempunyai agenda masing-masing dan perlu memenuhi keperluan penyokongnya, perbalahan terbuka antara dua parti tidak dapat dielakkan. Isu penjualan alkohol menjadi lebih teruk disebabkan PAS dan DAP. Pertelingkahan secara terbuka dibenarkan di peringkat negeri, memandangkan ia tidak akan memecah-belahkan masyarakat. Namun, apabila berdepan dengan isu yang lebih besar, dan sekiranya mencetuskan pemecahan, maka negara akan digadai oleh parti yang terlibat.
Setelah mempengerusi beberapa mesyuarat penyelarasan BN di Selangor, saya mendapati banyak aduan bahawa kedai hiburan semakin pesat di Selangor, terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Aduan yang biasa ialah kafe siber dan pub didirikan berdekatan dengan sekolah. Ia menimbulkan banyak ketidakpuasan di kalangan penduduk. Saya pasti ramai pemimpin PAS membantah tindakan kerajaan mereka kerana meluluskan terlalu banyak lesen untuk pusat hiburan. Pertikaian Wee Choo Keong (ahli Parlimen PR) terhadap Exco DAP semestinya mencelikkan kita.
Dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir, isu kebangsaan akan mengatasi isu tempatan. Bagaimana isu kebangsaan ini dipersembahkan, ia bergantung kepada kedua-dua parti utama, iaitu BN dan PR.
*Kenyataan ini dikeluarkan oleh Chua Soi Lek, Timbalan Presiden MCA merangkap Ketua Penyelaras BN. Sila rujuk teks asal Permatang Pasir By-Election.
detikdaily
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
Ogos
(396)
- Umno Bukan Pejuang Kemerdekaan Sebenarnya | pkfz
- Lim Cabar Koh Berdebat Dan Bukan Proksinya
- BN kalah dalam kalah di Permatang Pasir | pkfz
- Agenda politik tersirat di sebalik perarakan kepal...
- Lunas Mahu Radzhi Letak Jawatan | Nizar News
- TAZKIRAH RAMADHAN YB TAIB AZAMUDDIN
- Kalau UMNO, buat apa saja boleh?
- Persoalan kuil Seksyen 19 dan tindakan Pewaris | N...
- Ramadan, Merdeka Imbau Tugas Abdullah Di Baling
- ADUN Kota Seputeh serah kepada SPR
- Ahmad Said Nak Naik Ke Bulan | pkfz wohulu
- KOTA SEPUTEH MIMPI NGERI TERBARU UMNO BN
- SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA
- KEDAI MEE SEDAP PORT KAKI PONTENG POSA
- Perhimpunan Aman Tanpa Kepala Lembu | pkfz
- ADUN Pakatan Perak tetap hadir sidang DUN Rabu ini...
- Jadi gemuk kerana banyak hutang
- Kepala Lembu PAS? | pkfz
- Lelaki maut, isteri dan anak parah dirempuh treler
- Polis berkawal di Seksyen 23
- Debat, UMNO Negeri vs UMNO Cawangan? | Nizar news
- Kepala Lembu: Penerusan Agenda Utusan Malaysia | ...
- Kerajaan Selangor lahirkan rasa kecewa | Nizar News
- LAWAK AHAD : Debat Tambah Bini
- Harapan Rakyat Kepada Kerajaan Kedah
- Jemaah melimpah ke Stesen lrt Masjid jamek
- Pembantu ADUN nyaris dirogol
- Mufti perlu betulkan ajaran sesat di Shah Alam | pkfz
- Heret Kepala Lembu : Pakatan Rakyat Jumpa Polis
- Kepala Lembu Berdarah: Usaha Umno jatuhkan kerajaa...
- Mahasiswa desak Jamil Khir meletak jawatan | Nizar...
- Khalid: Umno dalangi demo heret kepala lembu | pkfz
- MCA Retak Menunggu Belah ?
- Bila pegawai SPRM perdagangkan laporan rasuah ...
- Pas tunggu kemenangan ke-8 | : pkfz
- LAWAK RINGAN-RINGAN UMNO
- ARAK DAN ARAK KEPALA LEMBU | pkfz
- BASUH JANGAN TAK BASUH | pkfz
- Rakyat makin jelak dengan dakyah,tipu helah Umno-B...
- PR belum terlintas pelawa Soi Lek | pkfz
- SPRM Paksa Saksi Beri Jawapan Dikehendaki - INKUES...
- Lintas Langsung Dari LUNAS | pkfz
- Temui ajal waktu berbuka
- Arak kepala lembu bantah pindah kuil
- Dilema Politik Dan Perut Rakyat | Nizar News
- SPRM: Pejabat Teoh Beng Hock Diserbu Tanpa Notis
- Kemenangan di Permatang Pasir petanda positif buat...
- Serangan terhadap PR tidak menjadi: Siew Fook | Ni...
- Amalan Pilihan Bulan Ramadhan
- Hari Bekerja Punca Undi PAS Merosot
- Isu minuman keras selesai: Dr Hasan
- KONVESYEN PIAGAM PAKATAN RAKYAT - ZAID
- Pecat Chua: Ong belum tentu tidur lena | pkfz
- KERAJAAN HILANG JUTAAN RINGGIT
- Tuduhan Muhyiddin mengarut! - Mustafa Ali | pkfz
- Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Ramadhan 1430...
- Pas Sudah Tunai Janji, Umno Bila Pula?
- KHAIRY KENCING ATAU DIKENCING? | Nizar News
- Jangan risau, kerajaan Kedah tak tumbang | pkfz
- Sidang Dun Perak: Bahas titah tuanku, gantung Zamb...
- 197 Orang Pelajar Sekolah Menengah Terengganu dita...
- Salleh Man ketuai majlis Islam P. Pinang | pkfz
- Hari bekerja punca majoriti berkurang | Nizar News
- DS ANWAR BERLEPAS KE JEDDAH
- Potong bekalan, pekerja TNB kena tetak
- Bola sepak Perak dibelenggu rasuah?
- Kes seks: MCA pecat Dr Chua
- Tiada ADUN Selangor lompat parti: Dr Hasan
- Sivakumar saman Setiausaha Kerajaan Negeri Perak |...
- PKFZ: Kemungkinan wujud konspirasi 5 pihak
- Sultan perkenan Radzhi gugur, Lim Soo Nee ganti
- Kartun Dalam Negeri (KDN)
- Yang Perlu Dipelajari Dari Permatang Pasir | Niza...
- Mahkamah putus Dr Hatta tidak bersalah, arah bayar...
- RAKYAT TAK NAK BN BUKAN TAK NAK PERUBAHAN | Nizar ...
- Perkembangan Inkues Teoh Beng Hock
- Keegoan BN tertimbus di Permatang Pasir - Mahfuz ...
- PERMATANG PASIR PILIH ANAK SALLEH (SOLEH) DARI ANA...
- BN kekal tewas di Semenanjung | Nizar News
- Mengapa Najib, Rosmah takut sangat dengan Zunar?
- DATUK SHAH RUKH TAK POSA PENUH RUPANYA
- Lebih Lima Ribu Rakyat Rai Kemenangan Salleh | Niz...
- Mayat lelaki bercoli dalam kolam
- Kalau Bagi 'Emas ' Pun Orang Tak Mau Nak Bagi Apa ...
- Pemuda Umno pertama langgar peraturan SPR
- KEPUTUSAN RASMI PRK PERMATANG PASIR - PAS MENANG
- UMNO BN DIJANGKA KALAH BESAQ | Nizar News
- KEPUTUSAN TERKINI PRK PERMATANG PASIR - 7.40 PTG
- KEPUTUSAN TERKINI PRK PERMATANG PASIR - 6.00 PTG
- FRU PUN TAKUT DENGAN H1N1 JUGAK EK? | Nizar News
- BN sangka Pakatan Rakyat jahat seperti mereka | Ni...
- LAPORAN TERKINI PRK PERMATANG PASIR
- Anwar Yakin Calon Pakatan Menang | Nizar News
- Sekat kuasa SPRM: Pekeliling kerajaan Selangor dic...
- P.PASIR: APA KATA CALON BN DAN PAS | Nizar News
- Seruan dan Rayuan pimpinan Pakatan Rakyat | Nizar ...
- 64 Peratus Setuju PAS Akan Menang | Nizar News
- Surat misteri: Inkues Teoh Beng Hock tegang Gobind...
- TAK JADI SEBAT DI BULAN PUASA
- Biar majoriti tak kurang 5 ribu | Nizar News
-
▼
Ogos
(396)